Thursday, January 9, 2014

Kecoh Kata Bahanapi Ron 95 Naik Malam ini



Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata, :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar”. Ini bermakna harga bahanapi Ron95 tidak akan naik seperti yang digembar-gembur.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata, berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.

1 comment:

  1. all the time i used to read smaller content that also
    clear their motive, and that is also happening with
    this article which I am reading now.

    Here is my page :: bingo

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.