Wednesday, January 8, 2014

Kepada Siapa Saya Perlu Minta Maaf Kerana Ada Orang Islam Menyokong Saya - Paderi Lawrence


Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew tetap enggan tunduk terhadap desakan pihak yang mahukan beliau menarik balik serta memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.

Sebaliknya, beliau mempertahankan kenyataan itu dan meminta semua pihak tidak salah faham terhadap apa yang dinyatakannya sebelum ini.


"Kenapa saya harus minta maaf kerana ramai orang Islam menyokong kenyataan saya ini"

Beliau memberikan alasan kenyataan itu dibuat berasaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing selain berhak menguruskan urusan agama sendiri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 11(3) perlembagaan yang sama.

"Kenyataan saya sebelum ini adalah berkaitan dengan Perkara 11 tersebut. Begitu juga dengan hak kumpulan mana-mana agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, ini yang saya sebut.



Isu ini sengaja diperhangatkan oleh Lim Guan Eng Setiausaha Agung parti kafir Dap dan juga khalifah 'Umar Abdul Aziz Pas' yang menggesa kerajaan membenarkan penganut Agama Kristian menggunakan kalimah Allah.

Kenyataan itu disokong sepenuhnya oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR termasuk Haji Hadi dan Anwar Ibrahim.


Sebenarnya usaha untuk mengkristiankan umat islam bukanlah usaha baru malah taktik ini sudah lama berlarutan dengan menggunakan hak asasi manusia dan politik mereka mempergunakan pemimpin Islam sebagai benteng mempertahankan perbuatan mereka.


Paderi Gereja Baptist Australia, Pastor Brutus Balan menegaskan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam sahaja. Jika ia turut digunakan oleh penganut Agama Kristian maka akan timbul kekeliruan di kalangan penganut Islam dan Kristian seluruh dunia. 

Jadi kenapa ada orang Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini?



1 comment:

  1. Download Jalada Ideal Rushing. Love typical spider solitaire solitaire, greeting card
    colorings աithin the articles should alternative.
    I recall tҺе very first insert We passed fօr аny customer beyondd Buenos aires Condition.

    Ϻy homepage; free solitaire download

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.