Tuesday, January 21, 2014

Kerajaan Jepun Lumpuh Akibat Demo Daripada 'Perkakas' Anwar Yang Diketuai Oleh Sam Ketot


Sejumlah 12 orang yang dianggap sebagai 'perkakas' Anwar Ibrahim telah membuat demo ala-ala flash mob dihadapan kedutaan Jepun di No.11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Demonstrasi itu diketuai oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil Melaka. Dengan memegang kertas yang berlogo bendera Jepun sambil berteriak keadilan untuk Anwar Ibrahim diseberang jalan hadapan kedutaan Jepun.

Sebelum ini seluruh pemimpin dan ahli PKR malu apabila ketua mereka Anwar Ibrahim pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Sementara itu kedutaan Jepun hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR, En Anwar Ibrahim memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai, berkata Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat sebarang permohonan sama pada kali ini,” katanya.

Dengan tidak bertangguh lagi Anwar dan kuncu-kuncunya terutamanya Lateefa Koya terus menyalahkan Wisma Putra kerana kononnya telah menggunakan kuasa melarang Anwar Ibrahim daripada memasuki negara Jepun.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.