Tuesday, January 7, 2014

Kes Saman fitnah RM10 juta Anwar selesai Dengan Persetujuan Kedua-dua pihak


Kes saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr Chandra Muzaffar selesai selepas peguam kedua-dua bersetuju menarik balik perkataan-perkataan berunsur fitnah berhubung artikel yang diterbitkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan persetujuan itu selepas peguam N.Surendran yang juga Naib Presiden PKR, yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan kurang sedap didengar yang dinyatakan dalam artikel itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Dr Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar mendakwa komen itu diterbitkan akhbar The Star melalui artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan 'Chandra breaks silence on Anwar' yang diterbitkan akhbar The New Straits Times pada 5 Mac 2008.

Dr Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat.

Anwar, yang ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Chandra hadir pada prosiding hari ini.

3 comments:

  1. Mat Sabu bila lagi nak saman Zahid Hamidi ?

    ReplyDelete
  2. Malulah Chandra Muzafar kena makan balik ludah.

    ReplyDelete
  3. Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! , Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD 25, bersamaan RM 80.00 lebih kurang. Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri... pastu apa lagi? Copy link anda atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD 10 atau RM 30.00 lebih kurang. Mudah kan!!! cek (akan dipos terus ke rumah).
    Copy & paste link ini...

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=234328

    TheWeeklyPay.com Get Your Guranteed Home Job for 1500$ weekly
    www.theweeklypay.com
    All Right Reserved - Copyright 2013 - 2015 | www.TheWeeklyPay.com

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.