Saturday, January 11, 2014

Kesungguhan Dato Hamidah Mempromosikan Perak Pada Tahun 2011 Membuahkan Hasil


Kesungguhan dan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mempromosikan negeri Perak secara berterusan diseluruh Malaysia telah menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan kepada kira-kira 5.7 juta pelancong domestik.


Ini diakui sendiri oleh Menteri Pelancongan yang mengumumkan 5.7 juta pelancong domestik mengunjungi Perak pada 2012 dan sekaligus menjadikan negeri itu yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik pada tahun itu.

Menteri Pelancong dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, maklumat daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia itu merupakan indikasi positif bagi Perak yang menyasarkan kedatangan sejumlah lima juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Antara perancangan yang dilakukan oleh mantan exco pelancongan negeri Perak Dato Hamidah Osman pada tahun 2011 antaranya ialah:


  1. Menyenaraikan semua tempat-tempat pelancongan yang ada dalam negeri Perak yang disyorkan perlu dilawati oleh pelancong 
  2. Membaiki kemudahan awam seperti surau, tandas, dan sebagainya untuk memberi keselesaan kepadan pelancong
  3. Memberikan taraf bintang kepada restoran makan yang disyorkan dengan lambang pelangongan negeri Perak.
  4. Memberi latihan kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong cara-cara menguruskan pelancong dengan penuh berhemah
  5. Membuat publisiti secara meluas dalam setiap media samada elektronik dan media cetak dan kita boleh lihat kenapa ketika itu exco pelancongan kerap muncul di kaca TV
  6. Melawat dan memastikan semua tempat yang disyorkan kepada pelancong sudah bersedia menerima pelancong
  7. Menerima maklumbalas daripada pelancong dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.
Banyak lagi perancangan yang telah dilakukan oleh Dato Hamidah ketika itu yang tidak dapat disenaraikan sehingga menjadikan negeri Perak merupakan negeri yang paling ramai dilawati oleh pelancong domestik.

Kini pada tahun 2014 merupakan tahun melawat negeri Perak sudah semestinya exco pelancongan ketika ini sudah bersedia dengan perancangan rapai bagi menghadapi kedatangan pelancong sebanyak itu.

1 comment:

  1. Parit buntar dan taiping adalah tmpt yg paling aku suka pergi sb byk makanan yg best2..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.