Friday, January 31, 2014

Ketua Wanita MCA Tetap Bertegas Mahukan Kerusi Dun Kajang


Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie mahu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas untuk meletakkan calon MCA bagi bertanding di kerusi DUN itu kerana ia merupakan kerusi tradisi MCA. 

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan untuk memenangi kerusi DUN itu adalah amat cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA. 

Dalam pada itu, Heng berkata jentera pilihan raya kecil Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita diletakkan sebagai calon MCA pada pilihan raya kecil itu.

Heng juga berkata masyarakat cina kini sudah mula menyokong parti MCA sejak kepimpinan MCA mula diambilalih oleh kepimpinan baru.

Dun Kajang inilah akan menguji sejauh mana sokongan masyarakat cina terhadap MCA yang juga diwakili oleh calon daripada kaum cina.

Difahamkan MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor.

Sebelum itu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA kerana ini akan menguji tahap sokongan masyarakat kaum cina terhadap MCAdan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor"

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.