Tuesday, January 7, 2014

Kisah Benar: Ketulan Tubuh Manusia Jatuh Di Bandar Jeddah


Ketulan tubuh manusia dikatakan jatuh dari angkasa di bandar Jeddah , Arab Saudi.

" Polis Jeddah telah menerima panggilan telefon pada pukul jam 02.30 pagi waktu Jeddah daripada seorang saksi yang melihat potongan tubuh manusia jatuh dari langit di wilayah Mushrefa , " kata jurucakap kerajaan Bandar Jeddah , Nawaf bin Nasser Al Bouq.

Pertunjuk awal mendapati cebisan tubuh itu berasal dari seseorang yang terperangkap di dalam ruang roda kapal terbang. Siasatan masih dijalankan untuk mencari punca sebenar, " tambah Al Bouq.

Bagaimana manusia boleh masuk ke ruang penyimpanan roda pesawat ? Keadaan ini selalu terjadi di lapangan terbang yang kurang ketat pengawasannya.

Mereka yang melakukan ini kebiasaannya yang ingin meninggalkan Arab Saudi , tetapi terhalang akibat masalah kewangan dan kerenah biokrasi.

Mereka yang bersembunyi di kabin simpanan roda pesawat ini biasanya mati akibat terlalu sejuk kerana pesawat terbang mencapai ketinggian jelajah tetapi difahamkan ada juga yang terselamat hingga pesawat mendarat kembali .

Pada 2010 , ketua lapangan terbang Beirut , Lubnan , mengundurkan diri selepas seorang lelaki yang berjaya menyelinap ke landasan Terbang, kemudian bersembunyi di kabin simpanan roda sebuah pesawat terbang yang akan terbang ke Arab Saudi , meninggal dunia selepas itu.

Jasad lelaki itu ditemui pekerja penyelenggaraan kapal terbang di Riyadh ketika memeriksa roda pendarat pesawat Airbus 320 milik syarikat penerbangan Nas Air selepas mendarat di ibu kota Arab Saudi itu.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.