Wednesday, January 1, 2014

Lapor Akhbar Cina - 14 NGO Termasuk NGO Cina Sokong Perhimpunan Haram


Akhbar Cina melaporkan 14 NGO termasuk NGO Cina menyokong  penuh perhimpunan haram bertopengkangkan ‘Turun’ kononnya membantah kenaikan harga barang malam tadi.

Daripada pengamatan rakyat 99% peserta perhimpunan haram malam tadi adalah anak-anak Melayu yang telah direkrutkan oleh SAMM untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Melihat kepada persiapan perhimpunan haram ini yang lengkap dengan ‘t-shirt’, promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti mesti ada dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini. Malangnya, setakat ini pihak yang menganjurkan perhimpunan haram ini masih lagi mengambil sikap pengecut dengan tidak menonjolkan diri.

Memandangkan demonstrasi adalah strategi utama pembangkang maka rakyat percaya bahawa demonstrasi Turun ini juga adalah ‘kerja’ pembangkang. Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ sahaja.

Tanpa personaliti besar untuk memimpin demonstrasi ini, kita yakin yang ianya tidak akan membawa sebarang impak bagi isu yang diketengahkan.

Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur.

Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO termasuk NGO Cina yang disebut oleh akhbar Cina  membuatkan kita tertanya-tanya. 

Apakah semua ini sekadar ‘gimmick’ untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu?

Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang. Justeru itu, tidak hairanlah kita melihat mereka tidak banyak merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO tadi terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang tidak menjadi.

Seperti yang kita tahu, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna.

Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan. Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan.
Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia. Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya ‘permainan’ dalam isu harga barang dalam negara ini.

Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina. Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja.

Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan ‘gimmick’ marahkan kerajaan kerana harga barang naik. Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan.

Kononnya mereka inginkan keadilan. Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya.


Baca Seterusnya disini       

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.