Monday, January 6, 2014

Marina Anggap Perkasa Banyak Bercakap Mengenai Perkara Mengarut


Aktivis sosial, pendokong Comango dan Sister in Islam Datin Paduka Marina Mahathir, enggan melayan kecaman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pada Ahad yang lalu.

Beliau menganggap memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu hanya membuang masa.

Marina juga menganggap Perkasa lebih banyak bercakap mengenai perkara yang mengarut.


Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Sebelum ini Perkasa, mempersoalkan tindakan Marina yang menghadiri diri dalam perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut dan sengaja mahu mencetuskan kontroversi demi untuk  mencari publisiti murahan.

Datin Marina merupakan anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga dikatakan menyokong usaha Comango membuat tuntutan di Malaysia.

Menurut Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Marina adalah salah seorang pendokong kuat Comango bersama Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif MalaysiaKini, Premesh Chandran, Ahli Lembaga Sisters in Islam, Marina Mahathir, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

3 comments:

  1. Kesian kat mak bapa dia yang membesarkan dia Nampak sangat dia kurang cerdik tak pandai nak jaga keluarga dia doa kami kembali kepangkal jalan kepada islam sebenarnya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Kita org Kedah pakat pi ludah muka ramai2.

    ReplyDelete
  3. God is Tuhan
    Tuhan is God.
    Allah is for Muslim only.
    Please be honest.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.