Monday, January 6, 2014

MPKN Hanya Kesal Tindakan Jais Tetapi Biarkan Pengarang The Herald Hina Umat Islam


Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang hanya kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim tetapi seolah-olah menyokong tindakan 
Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible edisi Bahasa Melayu boleh diselesaikan dengan kaedah perbincangan tanpa mencemarkan agenda perpaduan nasional. Namun Paderi Lawrence tidak pernah berbincang dengan umat Islam mungkin mereka rasa sudah ada kuasa.

Penubuhan MKPN diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 November lalu memperlihatkan Wardina Safiya dan Marina Mahathir menjadi ahli 
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Pada 14 Disember lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa semua rakyat di negeri itu perlu mematuhi larangan penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam di bawah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Bagaimanapun pada 27 Disember lalu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew, dengan angkuhnya berkata semua gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya walaupun Jais telah menghantar surat peringatan berhubung perkara itu.

MKPN menggesa kerajaan supaya mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011.

MPKN kata tindakan serbuan Jais itu jelas melanggar kandungan resolusi berkenaan.

4 comments:

  1. Mcmana MPKN melebihi perlembagaan ni?

    ReplyDelete
  2. Then, apa pula status undang2 Selangor tu? Kenapa MPKN gagalumtuk menasihati semua mematuhi undang2 berkenaan?

    ReplyDelete
  3. Then, apa pula status undang2 Selangor tu? Kenapa MPKN gagalumtuk menasihati semua mematuhi undang2 berkenaan?

    ReplyDelete
  4. Sedih sgt kenapa semua ramai Melayu yg ber IC muslim ini berlumba2 untuk membela Gereja dan Krstian? Masing2 sibuk nk jaga perpaduan dgn kafir? sibuk nk jaga hati org kafir..tp bagaiman dgn hai umat Islam yg taat pd Allah?? bagaimana dgn Haq Islam yg dirampas oleh kafir?
    Apakah kerana terlalu lama memakan makanan bercampur haram, org melayu moden skrg sudah cair luntur sensitif pada Kesucian Islam..

    kerana harta pangkat dan wang.. takut pd mati.. tidak takut pa Allah..inilah jadinya..

    Nauzubillah dr kemurkaan Allah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.