Sunday, January 12, 2014

Nasib Khalid Akan Ditentukan Dalam Mesyuarat Tergempar PKR Malam ini


Ahli-ahli PKR Selangor dijadual menghadiri mesyuarat tergempar pada pukul 8 malam ini untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan negeri Selangor terutama perselisihan faham antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Topik utama perbincangan adalah mengenai keputusan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menggugurkan timbalan presiden PKR dan ketua PKR Selangor Azmin Ali dari senarai ahli lembaga pengarah PKNS.

Penyokong Azmin mendakwa bahawa langkah itu bertujuan untuk 'mematahkan sayap Azmin' sebelum pemilihan parti akan datang.


Penyokong Azmin mahu pemimpin PKR negeri mengambil tindakan segera sebelum berlaku sesuatu kekecohan.

Walau bagaimanapun sumber-sumber berkaitan PKNS berkata langkah itu bertujuan mengukuhkan PKNS yang merupakan salah satu konglomerat perniagaan yang terbesar di negeri ini. Azmin dikatakan hanya sebagai 'sleeping partner' sahaja dalam PKNS.

Dengan kata lain duit elaun ambil tapi kerja tak buat.

Mesyuarat tergempar ini terpaksa diadakan apabila Khalid Ibrahim telah memecat Azmin Ali daripada PKNS tanpa alasan, ini dibuat sebagai balasan Azmin Ali tidak menyokong kenaikan gaji MB dan exco negri Selangor sehingga 400%.

Sebelum itu, Azmin Ali menggesa supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji yang diumumkan pada Rabu.

Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan ADUN (RM6,000 kepada RM11,250).

Anwar Ibrahim dilihat cuba mengambil jalan selamat tidak menyebelahi mana-mana pihak demi politiknya masa depan kerana kedua-dua tahu rahsia besar Anwar Ibrahim.


Azmin juga dilihat tidak bersetuju perlantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan ini membuatkan perselisihan faham antara mereka semakin kritikal.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.