Thursday, January 9, 2014

PAC Negeri Akan Menyiasat Projek Bernilail RM42 Juta Baiki LTSAS Ipoh


Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri dijangka akan melakukan siasatan berhubung projek bernilai RM42juta membaiki Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

Projek itu merupakan projek naik taraf LTSAS agar menjadi Lapangan Terbang yang boleh menerima semua jenis kapal terbang. Tetapi malangnya setelah selesai projek 
LTSAS masih tidak boleh menerima pesawat besar seperti Boeing 737-400 dan A320 walaupun telah dinaiktaraf dengan kos RM42 juta.

Ahli Jawatankuasa PAC Negeri bersetuju untuk menyiasat skandal RM42 juta LTSAS dengan memanggil pihak berkaitan seperti kontraktor, jurutera, arkitek, konsultan dan jabatan yang memberi tender berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.

LTSAS dikatakan terdapat tanah jerlus di kawasan tersebut yang tidak diatasi oleh kontraktor dan konsultan semasa memulakan projek.

Sebelum ini Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak tidak dimaklumkan perkara tersebut tetapi apabila skandal ini tersebar barulah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak diarah  melakukan kajian di lapangan terbang berkenaan.

Pada November 2009, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM60 juta bagi memanjangkan landasan LTSAS daripada 1,700 meter kepada 2,000 meter dan menaik taraf kemudahan di Kompleks Kastam serta pengangkutan awam di sekitar kawasan LTSAS itu.

Kementerian Pengangkutan juga telah telah berbincang dengan syarikat Firefly Sdn Bhd supaya menambah bilangan penerbangan di LTSAS.

Buat masa ini syarikat Firefly hanya menawarkan perkhidmatan penerbangan dari LTSAS iaitu Ipoh ke Singapura sahaja.

Kementerian telah meminta syarikat berkenaan menambah penerbangan di situ termasuk laluan Ipoh-Singapura pada awal pagi, Ipoh-Kota Bharu, Ipoh-Medan (Indonesia) dan Ipoh-Phuket (Thailand).


Menteri Pengangkutan ketika itu Datuk Kong Cho Ha berkata selepas dinaik taraf, lapangan terbang itu kini bersedia menerima pendaratan pesawat seperti Boeing 737 dan Airbus A320.

"Pada mulanya landasan sedia ada tidak cukup panjang untuk pendaratan pesawat Airbus A320. "Selepas memanjangkan landasan, pesawat Boeing 737 dan Airbus A320 kini tiada lagi masalah untuk mendarat di LTSAS," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.