Friday, January 17, 2014

Paksa Buka Tudung: ISMA Kecam Tindakan Pang Ah Ngang


Isu guru Muslim Cina yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat baru-baru ini turut mendapat perhatian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor.

Yang Dipertua ISMA Johor, Mohd Tahir Hamdan dalam satu kenyataan menggesa perletakkan jawatan Pang Ah Ngang dengan segera disebabkan tindakannya mengarahkan guru wanita beragama Islam di sekolah tersebut membuka tudung.

"Tindakan beliau itu merupakan kesinambungan siri-siri penghinaan terhadap Islam di negara ini. Tindakan itu juga merupakan kemuncak penghinaan terhadap Islam dimana beliau dengan beraninya melarang seorang Muslim mengamalkan tuntutan yang diwajibkan kepada umat Islam," kata Tahir.

Tindakan Pang ini menurutnya telah menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan masyarakat di negara ini yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

"Hanya satu cara sahaja untuk mententeramkan keadaan ini iaitu dengan beliau meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini," tegasnya.

Semalam,Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideenmemberi masa selama 24 jam bagi Pang Ah Ngang memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Selain itu, turut mengeluarkan kenyataan menyentuh isu ini adalahPergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor(PPUNJ) yang mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut.

1 comment:

  1. Lepas ini elok pulak lah Pemuda Umporno Johor wajibkan guru wanita yg islam tutup aurat, masih ade yg 'freehair' jgn meroyan nk pertahankan 'Khalimah Allah' segala tuntutan islam kena lah dipatuhi sama, walaupn kubur masing......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.