Tuesday, January 28, 2014

"Pas Ada 15 Kerusi PKR Pula 14 Tetapi Pas Disuruh Diam Keadilan apakah yang Diamalkan Oleh Anwar - Pemuda Pas


Pemuda PAS Selangor terkilan dengan tindakan Anwar Ibrahim yang membuat keputusan sendiri dalam menentukan siapa akan jadi menteri besar Selangor. Bagaiman Pas Selangor boleh menerima ketika Pas mempunyai 15 kerusi sedangkan pkr hanya 14 kerusi sahaja sedangkan Pas diarah berdiam diri dalam membuat keputusan keadilan apakah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim?, kata Pemuda Pas Selangor.

Ekoran itu Pemuda Pas Selangor mengancam akan memboikot kempen pilihan raya kecil Dun Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap sebab-sebab pengosongan kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Syarhan juga berkata, tidak wajar langsung Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tanpa alasan kukuh.

Beliau mengibaratkan tindakan itu "mengkhianati amanah rakyat" memandangkan majoriti 6,824 undi yang diperolehinya agak besar.

Sambil menyatakan kekesalan kerana keputusan dibuat membelakangkan rakan dalam Pakatan Rakyat, Syarhan berkata jumlah perbelanjaan pilihan raya kecil juga besar.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Anwar Ibrahim sering menuduh pihak kerajaan persekutuan membazirkan wang rakyat sedangkan dirinya sendiri sedang membazirkan wang rakyat hanya untuk kepentingan peribadi sahaja.

Syarhan turut memberi amaran kepada PKR bahawa Selangor ditadbir bersama oleh tiga komponen dalam Pakatan dan tiada istilah negeri itu negeri PKR atau sebaliknya.

Dalam sidang media Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa Presiden Pas Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah bersetuju bahawa Anwar akan dilantik menjadi menteri besar dan pemimpin pas yang lain usah buat andaian yang boleh mengeruhkan lagi suasana.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR hanya 14 kerusi sahaja.

7 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang.January 28, 2014 at 9:42 PM

    Kalau dalam satu bahtera bila Nahoda dah kecoh satu ke hulu dan satu kehilir.. penumpangnya kenalah pakai pelapong S.O.S alamat .. bahtera dah nak meletup........

    ReplyDelete
  2. Tahaluf siyasi, kena taat amirul pakatan, wala' bro wala'.

    ReplyDelete
  3. Ala, pemuda pas hanya wat gimik je tu. Nanti kena sergah dengan anwar trus diam macam anjing mencawat ekor. Puak ni mana ada berani, telor masuk kedalam. Pas tu kan singkatan dari Parti Angguk Saja.

    ReplyDelete
  4. dah KETUA PEMBANGKANG aka PENASIHAT EKONOMI SELANGOR suruh diam ... diam je la ayat yang mana PAS tak paham lagi ??
    sampai masa nanti PAS pakat la reramai pacak bendera .. gantung banner ... buat havoc masa ceramah Anwar nanti .. jaga trafik ... kutib derma ... dah itu pun keje PAS dalam PAKATAN

    ReplyDelete
  5. di SELANGOR ... PAS tu level macai angkut taik aka KULI PR
    tp adalah upahnya sikit .... satey kajang

    ReplyDelete
  6. Anjing suruhan mana boleh lawan tuan ...nanti tak dapat tulang.. ha ha

    ReplyDelete
  7. Ape2 pn gua pasti umporno Selangor yg bosnya Noh udang akan terus layu spt umporno Kelantan, kami rakyat selangor akan tentukan umporno Selangor hidup segan Mampus x mau ditahun2 mendatang......Sayangi Selangor Yakini PR....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.