Tuesday, January 28, 2014

Pas Beri Amaran Pada Anwar "Nak Bertanding Boleh Tapi Jangan Sentuh Kerusi MB Selangor"


PAS Selangor memberi amaran sebagai kata dua kepada Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

"Anwar boleh bertanding dimana yang dia suka tetapi jangan sentuh kerusi menteri besar Selangor", kata Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin Otman yang juga setiausaha Pas Selangor berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat bukan sesuka hati pkr meletakkan calon syok sendiri.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

Kerusi DUN Kajang sengaja dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba hanya kerana memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kawasan tersebut. 

Selepas pkr memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap Pas ada kelebihan dalam menentukan siapa yang paling layak menduduki kerusi menteri besar bukannya Anwar Ibrahim.

8 comments:

  1. Tang ni aku sangat setuju!!!
    Kalau nak kira kerusi ini quota PAS punya, apa hal pula PKR yg syok sendiri???
    Kita tenguklah.....

    ReplyDelete
  2. Ala PAS ni cakap gedebe jer, Nyalak macam anjing, Kena herdik oleh peliwat tua, semua terkedu dan terhegeh.......Yang pasti, rakyat Selangor melayu berdoa dan berharap Sultan Selangor tidak akan setuju dengan si peliwat dan penzina menjadi ketua pemerintah Selangor. Rakyat sangat takut ALLAH turunkan bala keatas negeri Selangor......a'uzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  3. Hanya di Selangor, parti yang mempunyai kerusi paling sedikit menentukan siapa yang menjadi menteri besar

    ReplyDelete
  4. PAS ni cakap je. Kena sergah dengan DAP kecut telur. Kalau PAS ingkar maknanya PRU 14 peruntukkan dari DAP berjumlah berjuta2 ringgit memang tak dapatlah. PRU 13 DAP telah menyumbang lebih daripada RM 25 juta untuk tabung PAS.

    ReplyDelete
  5. anon 6:15PM
    DIPERAK SUDAH TERJADI SEBELUM NI PAS DAPAT KERUSI PALING SIKIT TAPI DAPAT JAWATATN MB!

    ReplyDelete
  6. Lentung lebih..dan nama pun PAS...(Parti Angguk Saja)...bukan berani pun....hak sendiri pun dilacurkan....

    ReplyDelete
  7. Kalau macam ni tangkap lopong lah bang nuar oiii. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mahu naik sawan nanti bang nuar kita ni.

    ReplyDelete
  8. Dimana juga PAS berada... Dia tetap menjadi boneka Pakatan... Parti tidak ada telor...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.