Saturday, January 4, 2014

Pas Tak Boleh Ikut Cara Umno bawa Lari Duit RM3.8 Juta ke Australia


Muhammad Taib yang dilihat cuba untuk membantu pakatan haram dengan mengalihkan isu Kalimah Allah yang dipergunakan oleh penganut Kristian yang menjadi kemarahan umat islam di Malaysia cuba memburuk-burukkan Umno.

Muhammad Taib yang pernah kahwin lari dengan anak Sultan Selangor dan cuba menyeludup keluar wang dari Australia RM3.8 juta meminta agar pas tidak mengikut cara umno seperti yang beliau sendiri lakukannya.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Tyson menjadi Menteri Besar Selangor selama 12 tahun sejak 1986 dan beliau terpaksa meletak jawatan pada tahun 1997 selepas dituduh cuba menyeludup keluar RM3.8 juta ringgit dari Australia.

Sungguhpun beliau dibebaskan oleh mahkamah, sebuah jawatankuasa awam yang menyaring keputusan itu berpendapat penghakiman itu salah dan Muhammad tidak patut dibebaskan.

Muhammad juga pernah dituduh di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur kerana gagal mengisytiarkan hartanya ketika menjadi Menteri Besar.

Walaupun beliau bebas daripada tuduhan itu, hakim mahkamah Datuk Abdul Wahab Patail mendedahkan nilai harta yang diisytiharkan oleh beliau adalah RM30 juta manakala harga pegangan adalah RM74.5 juta.

Bekas Menteri Besar Selangor itu dikatakan akan bertindak keluar Umno selepas menantu beliau, Ahmad Affandi Hamzah tidak terpilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Jadi wajarkah setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh seorang munafik ini boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia?

Apatah lagi bila Mat Tyson bercakap dalam soal 
al-Quran dan Sunnah seolah-olah beliau mempermainkan hukum Allah. Mungkin ramai rakyat Malaysia terutamanya umat Islam rasa geli dengan nasihat daripada seorang perompak harta rakyat.

4 comments:

  1. Dia dah masok parti sorgaaaa......kikiki..

    ReplyDelete
  2. Pendek betul otak si tyson ni, dia tak ingat ke yg kantoikan dia kat ostolia dulu si kaki liwat tu gak...hahahaha

    ReplyDelete
  3. baik sedar sekarang(taubat)
    dari juli duit sampai manpos ,apa nak jawap dengan murkar nakir t

    ReplyDelete
  4. Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! , Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD 25, bersamaan RM 80.00 lebih kurang. Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri... pastu apa lagi? Copy link anda atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD 10 atau RM 30.00 lebih kurang. Mudah kan!!! cek (akan dipos terus ke rumah).
    Copy & paste link ini...

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=234328

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.