Wednesday, January 15, 2014

Penutupan Pusat Giat Mara Selayang, Sabak Bernam dan kapar Adalah Tindakan balas Dendam Dap


Mungkin ramai tidak tahu atau kenal Ean Yong Hian Wah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Kembangan, Selangor. Dia merupakan seorang Kristian dan penutupan pusat giat mara juga adalah tindakan balas dendam daripada serbuan Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim baru-baru ini.

Namun, mungkin ramai kenal atau masih ingat kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika berada di pejabat SPRM Shah Alam untuk diambil keterangan dakwaan ada Exco dan Adun pakatan rakyat salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Yong antara tujuh Adun dan Exco disiasat SPRM dan mendiang Beng Hock ketika itu adalah pegawai khas kepada Yong yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor.

Kematian Beng Hock menimbulkan macam-macam spekulasi tambahan pula sebuah komputer riba milik Beng Hock dan komputer pejabat Yong dirampas SPRM Yong untuk siasatan.

Beng Hock yang jadi saksi SPRM ke pejabat suruhanjaya itu di Plaza Masalam, Shah Alam untuk memberi keterangan tetapi mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut esoknya.

Kes itu kemudiannya terus jadi modal politik dan pemimpin-pemimpin utama DAP menuduh SPRM bertanggungjawab atas kematian Beng Hock.

Kesudahannya, siasatan kes dakwaan salah guna peruntukan senyap begitu sahaja manakala Yong kekal sebagai Exco kerajaan Selangor hingga sekarang.

Beliau kini memegang portfolio Pengerusi Tetap Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram.

Sekali imbas, tanggungjawabnya tidak banyak berkaitan dengan orang Melayu kerana ramai sedia maklum siapa yang tinggal di Kampung Baharu dan operasi kilang haram.

Dalam erti kata lain, beliau lebih banyak membantu kaumnya.

Pada Isnin, Yong jadi viral dalam blog dan facebook kerana beliau dikatakan bertanggungjawab dalam tindakan kerajaan Selangor menutup Pusat Giat MARA Selayang.

Walaupun surat mengarahkan pusat kemahiran itu berpindah selewat-lewatnya 10 Disember 2014 ditandatangani Pegawai Daerah dan Tanah Gombak Datuk Mohd Hisham Ahmad Dahlan tetapi ianya dikaitkan dengan Yong.

Berdasarkan beberapa laporan laman sosial, Yong sendiri hadir menyerahkan surat mengarahkan pusat giat MARA Selayang ditutup.

Hadir sama beberapa wakil Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan pihak syarikat yang sudah diberikan hak kerajaan Selangor untuk memiliki tanah tapak pusat giat MARA itu.

Alasan penutupan itu kerana Pusat giat MARA berkenaan didirikan di tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

Lebih malang, selain diarah pindah, tiada sebarang ganti rugi dan pampasan akan diberikan.

Difahamkan juga, pusat giat MARA di Sabak Bernam juga diarahkan tutup manakala pusat sama di Kapar hanya menunggu masa.

Tindakan ini juga dilihat sebagai satu tindakan balas dendam diatas tindakan Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia yang dimiliki oleh Dap.

Sebenarnya, kebanyakkan pusat giat MARA menduduki tanah kerajaan berstatus TOL atau Lesen Menduduki Sementara.

Ianya tidak pernah dipertikaikan kerana kewujudan pusat itu untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin terutama di luar bandar meneruskan pembelajaran dalam bidang kemahiran jika tidak berjaya ke pusat pengajian tinggi.

MARA adalah badan khusus diketahui umum berfungsi meningkatkan taraf ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pendidikan, pinjaman, perniagaan dan sebagainya.

Justetu itu, apakah motif kerajaan pakatan rakyat Selangor khususnya Exco DAP beria-ia mahu pusat giat MARA dipindahkan atau ditutup?

Jelas ini satu penganiayaan kepada pelajar-pelajar Melayu di luar bandar untuk mendapat kemahiran hidup di pusat berkenaan.

Bahkan, tindakan kerajaan Selangor ini juga dilihat seolah-olah mahu MARA tidak berfungsi lagi membantu orang Melayu dan Bumiputera.

Ini berita buruk dan paling malang kepada rakyat Selangor.

Ianya turut membabitkan anak-anak Melayu yang bapa atau keluarga mereka telah menyokong DAP, PKR dan PAS pada dua pilihan raya umum yang lalu.

Selama ini, MARA tidak pernah membezakan politik dalam memberi manfaat kepada orang Melayu tetapi malangnya politik telah membutakan mata Adun-Adun Melayu dalam PKR dan PAS yang hanya berdiam sahaja apabila Melayu dan Islam terus jadi mainan DAP.

Apa nasib anak-anak Melayu yang perlu belajar kemahiran apabila Pusat Giat MARA ini ditutup kelak?

Bagi DAP pula, mereka pasti bangga ada pemimpin seperti Yong yang akan melaksanakan impian parti itu.

Pada 2 Jan 2014, seramai 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih 321 Bible dalam Bahasa Melayu. Serbuan tersebut adalah hasil maklumat daripada orang ramai yang merasa curiga dengan sebuah pejabat yang mengumpulkan ratusan bible berbahasa Melayu.

Tindakan Jais bukan sahaja mendapat kecaman daripada pemimpin Dap malah pemimpin Pas dan PKR turut sama mengecam tindakan Jais yang dikatakan kononnya biadap.

Hasil daripada kecaman itu Pengarah Jais telah ditukar serta merta oleh pemimpin Dap dan digantikan dengan pengarah yang baru.

5 comments:

  1. Agak tak jemu ke pas jilat bontot dap ekk...

    Apa guna dpn nama parti bubuh perkataan islam tapi tingkah laku mcm lebih drpd kapir...

    Kes penutupan pusat giat mara ni adalah salah satu drp berpuluh lg kerja jahat pas menzalimi umat islam dan ianya mengesahkan bahawa nama islam saja x mencukupi utk bela umat islam...

    Tapi yg jelas bertopengkan islam mmg cukup ampuh utk menipu...menindas... dan menzalimi umat islam...

    Jahanam umat islam di msia ni angkara pas...

    ReplyDelete
  2. Yeahh..its true. Dont you think that pas leaders dont know abt anwar sodomise case ?? They more than aware and know all the best but hypocrite is the best described their stand agaisnt anwar sodomy case and the other cases.

    ReplyDelete
  3. Jgn lh Admin nk kelentong rakyat selangor, kami disini (Selayang/Gombak) tau sebenarnya tanah sekankang kera tu tak bergeran masih bilik kerajaan, dulu bolehlh tanah kerajaan tanah umporno, sebenarnya 'Rezab Melayu' yg digadai pemimpin umporno lebih byk dari itu n semasa mrk gadai tidak pulak fikir yg bangsa sendiri ditindas/aniaya ? disini semasa umporno perintah byk tanah kerajaan disewakan kpd peniaga cina , duit sewa masuk poket ketua bhgn/cwgn bkn rakyat tak tau, bila PR amik alih maka tergugut lh 'income' tu yg meroyan pastu main isu perkauman kata PR tindas melayu tapi mrk lupa Kg, Jaya Batu Caves melayu kena halau tanah setinggan telah dijual kpd pemaju zaman Wak Khir, 3V perabut di Selayang Segar tanah kerajaan disewakan masuk poket ketua cwgn bkn MPS tu yg marah sgt, Maka Noh Udang, Sohaimi n Syukor Kuang main isu perkauman kata PR tindas melayu tapi lupa mrk dh lama tindas melayu..... Melayu selangor dh lama meluat dgn umporno n akan terus layu mcm umporno Kelantan.... cuma melayu mentelitili subsidi n tongkat aje yg masih setia tu pn diumpan dgn BR1M yg lebihkurang RM40 sebulan duit letrik pn tak lepas........ jadi jgnlh admin nk kelentong melayu mungkin pengundi sg rapat sebelum PRU13 dulu boleh lh tapi sg rapat dh terlepas.... HAPRAK pya Admin...

    ReplyDelete
  4. Berbuih redbin nak spin...hehe

    ReplyDelete
  5. admin jgnlah nk bohong ehh..orang bodoh je yg caye...asyik baca utuseks...knp x minta penjelasan kerajaan negeri...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.