Sunday, January 26, 2014

Perebutan Jawatan MB Selangor Antara Khalid dan Azmin Demi Untuk Rakyat?


Pergaduhan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali di Selangor memasuki zon menyusahkan rakyat. Ini berikutan kegagalan Anwar Ibrahim yang juga Ketua umum parti PKR untuk menangani isu tersebut.

Anwar Ibrahim dikatakan memerlukan kedua-duanya samada Khalid dan Azmin. Anwar perlukan Khalid ketika beliau memerlukan wang saku untuk menyara hidupnya kerana elaun RM1 sebagai penasihat kewangan Selangor hanyalah gimik politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim juga perlukan Azmin kerana Azmin mempunyai ramai penyokong dan jika Azmin Ali berpaling tadah Anwar Ibrahim juga akan turut tumbang.

Dalam keadaan kelam kabut pemimpin Dap berjaya mencuri peluang iaitu dengan merampas tanah yang diduduki oleh pusat Giat Mara untuk diberikan kepada syarikat kroni mereka.

Bukan itu sahaja Dap berjaya meluluskan pembinaan sebuah gereja bernilai jutaan Ringgit Malaysia dikawasan majoriti penduduk Islam di Tanjung Karang. Azam mereka ialah lebih banyak gereja akan dibina sepanjang pemerintahan mereka seiring dengan surau yang dibina oleh umat Islam disetiap kampung.

Pada ketika ini rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup dan pakatan rakyat yang berkhidmat untuk rakyat sibuk berbalah demi merebut jawatan menteri besar Selangor.

Parti serpihan pakatan rakyat iaitu Pas kini mula membuka mulut walaupun dalam keadaan takut kepada pemimpin Dap Selangor.

Menurut mereka perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa untuk rakyat negeri Selangor.

Pas berkata dulu semasa berkempen Pakatan Rakyat berjanji akan memberikan keutamaan serta fokus yang tidak berbelah-bahagi ke arah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 

Tetapi sehingga kini satu habuk apa pun tak dibuat untuk kepentingan rakyat dan semuanya untuk kepentingan kepentingan peribadi sahaja.

Konflik di antara Abdul Khalid dan Azmin timbul kembali baru-baru ini selepas kontrak Timbalan Presiden PKR itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditamatkan tanpa alasan oleh Khalid Ibrahim.

Untuk mengelak daripada dituduh menganiaya Azmin Ali, Khalid memecat dua pegawai PKNS iaitu 
Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek hanya kerana menandatangani surat pemecatan tersebut.

Menurut kedua-dua pegawai tersebut mereka menanda tangan sahaja sedangkan arahan datangnya daripada pentadbiran Khalid

Menurut sumber sebenarnya jawatan Azmin Ali sebagai ahli jawatankuasa PKNS akan tamat kontraknya pada 2015. 

PRU14 masih lama lagi PKR boleh membuat sesuka hati mereka setelah menang bergaya dalam mencipta persepsi, fitnah dan tohmahan kepada parti lawan lebih-lebih lagi kepada orang Melayu yang mudah dipujuk oleh Anwar Ibrahim.

6 comments:

  1. Satu yg gua setuju dgn Admin yg boleh dikategorikan HAPRAK Kelas Pertama "PKR telah menang bergaya" dlm PRU13 lalu yg membuat Umporno Selangor terus layu spt Umporno Kelantan. lain2 dakwaan Admin semata2 utk memburukan PR n Kerajaan Selangor namun begitu rakyat Selangor terus menyokong PR n akan tentukan Umporno hidup segan mampus tak mau di bumi Selangor utk tahun2 mendatang...... Selangor di sayangi PR diyakini......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umporno tu ape ye? Tak wujud pun....

      Delete
  2. Saya pun ada juga yang suka dengan admin ini tentang berita pecah tanah pembinaan gereja di Tanjung Karang...memang betul pun apa yang kami nak buat kami punya sukalah kami sudah menang dan rakyat sentiasa sokong kami. Hidup pakatan

    ReplyDelete
  3. Umno x klah bro, malah tambah kerusi. melayu dlm pr jgn nak bangga sangat, klau x de puak mata sepet makan babi yg khianat, melayu dlm pr x de ape pun, wat pe menang sorak tapi x ada suara, pun. Jadi macai dan barua dapigs.

    ReplyDelete
  4. Korang jadilah barua Dap sampai mampus

    ReplyDelete
  5. Bro 11.20PM gua ckp dlm kontek Umporno Selangor dimane kerusi DUN telah berkurang dibandingkan semasa PRU12.... Umporno terus layu di Selangor......Noh Udang layak dicalonkan DUN Kajang.... ade berani ke?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.