Saturday, January 11, 2014

Pergaduhan Antara Khalid dan Azmin Tak Boleh DiSembunyikan Lagi


Krisis kepimpinan PKR di Selangor antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah tidak boleh disembunyikan lagi apabila Khalid mengumumkan bahawa Azmin tidak dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menurut kempimpinan PKR Selangor, perlantikan Khalid sebagai menteri besar tidak disenangi oleh keseluruhan kepempinan PKR sendiri tetapi ada perancangan tersembunyi antara Anwar Ibrahim dan Khalid maka Khald dilantik semula.

Namun, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin.

Hasilnya, hubungan keruh di antara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah.

Azmin dilihat banyak mengkritik pendekatan pentadbiran Abdul Khalid, dalam isu kenaikan gaji yang termasuk dalam belanja mengurus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Azmin menggesa pelaksanaan kenaikan gaji itu perlu ditangguhkan.

Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 tapi claim RM1.5juta sebulan, Anwar Ibrahim yang dilihat terpaksa menyebelahi Azmin, turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak. Dalam masa yang sama Anwar berbuat baik dengan Khalid agar setiap permintaannya dapat dipenuhi oleh Khalid.

PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah yang dahulunya dipegang oleh majoriti Profesional Melayu tetapi sejak Pakatan haram memerintah Selangor PKNS ditadbir oleh Cina Dap.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.