Wednesday, January 29, 2014

PKR Anggap Jika Calon PKR Kepala Babi Pun Boleh Menang Di Kajang, BN Usah Mimpi


Hari ini agak mengejutkan apabila Azmin Ali membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim bertanding bukan untuk menjadi wakil rakyat tetapi hanya untuk menyelesaikan masalah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali telah memberitahu penyokong mereka bahawa calon mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bertanding kerana 'kemaruk' menjadi wakil rakyat.

Azmin berkata, Anwar bertanding selepas perbincangan diadakan dan keputusan menamakan beliau sebagai calon diputuskan secara bersama parti komponen pakatan di Selangor.

"Kalau dia nak jadi perdana menteri tahun 1998 dah jadi lama dah, tapi sebagai seorang reformis bukan kawasan yang dikejarkan, yang dipertahankan ialah hak rakyat Malaysia yang harus dibela," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat.

Azmin yang juga pengerusi Majlis Perhubungan PKR negeri berkata, rakyat Selangor khususnya di Kajang sepatutnya berbangga kerana Anwar yang pada mulanya dinamakan sebagai bakal perdana menteri dan dikenali di peringkat antarabangsa sanggup 'turun pangkat' menjadi Adun jika menang di situ.

"Dia pemimpin besar, bukan setakat pemimpin politik tanahair kita tapi kita sedia maklum dia pemimpin dunia.

"Dia bukan milik orang Kajang, bukan milik Selangor dan bukan milik Malaysia sahaja malah milik dunia.

Dalam pada itu Azmin turut menerangkan DUN Kajang menjadi pilihan Anwar setelah melihat komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India.

Katanya, komposisi tersebut dilihat cukup baik kerana 100% kaum cina sudah tentu akan mengundi  Anwar selebihnya kaum Melayu sekurang-kurang dapat 20% pun Anwar sudah boleh menang.

Dun Kajang diibaratkan satu Dun yang paling selesa buat pkr kerana jika mereka meletakkan apa saja sekalipun atas lambang pkr pasti akan menang.

4 comments:

  1. Jawapan yg klise sangat dr admin. Penduduk kajang Alan lebih bangga lagi klau Anwar amik skali jawatan penghulu. Vary nampak so must ni yak kemaruk jawatan

    ReplyDelete
  2. Kasian Azmin Ali... Hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor terkuburlah juga nampaknya...

    ReplyDelete
  3. Rasa nak muntah.....membela rakyat? Pemimpin donia?

    ReplyDelete
  4. Pemimpin dunia liwat bole la

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.