Wednesday, January 1, 2014

Polis Cari Penghasut Sehingga Menyebabkan Peserta Demo Membaling Botol Ke arah Pentas Utama

Pihak polis sedang menyiasat secara menyeluruh insiden peserta perhimpunan haram membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan.

Polis tidak menolak ada kemungkinan terdapat penghasut daripada kalangan penyokong pakatan haram yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam kes ini seorang pelakon yang juga merupakan ahli Majlis Konsultansi Negara, Wardina Safiyah mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukan RM 15 juta sambutan Tahun Baru 2014 .

Ini menyebabkan peserta perhimpunan haram yang terdiri daripada anak-anak muda semakin marah sehingga mereka bertindak ganas terhadap Datuk Bandar DBKL.

Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau,
“Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,”
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.
Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”

Fakta dan kenyataan ini sangat tidak benar dan menipu kerana dalam ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Disember 2013 Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyatakan RM 15 juta diperuntukan DBKL untuk pelbagai acara sempena Tahun Melawat Malaysia termasuk sambutan Tahun Baru 2014 dan pelbagai acara lagi sepanjang tahun.

Ini bermakna bajet sebanyak RM 15 juta itu ialah untuk DBKL melaksanakan program-program membabitkan Tahun Melawat Malaysia sepanjang 2014.

Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.

Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsertberkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan.

Nampak sahaja pakai tudung tapi penipu dan penghasut.

17 comments:

  1. anda seorg yg tidak tahu bersyukur... adakah anda dan keluarga dibiarkan merempat dinegara ini sebaliknya anda duduk dirumah yg elok dan ada pekerjaan...eloklah kalau ada masa anda melawat ke palestin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan duit gj tak berkat..sbb tu mulut dia keluar ayat2 jahat..taubat le wardina..

      Delete
  2. Ana minta Wardina untuk berfikiran waras sedikit dan tanya diri ante adakah ante mendapa pahala dengan megeluarkan perkataan yang tidak patut ante luahkan itu dan kalau itu menyakiti sebilangan besar rakyat yang mahukan kedamaian maka anda tealh berrdosa dan mestilah memohon ampun jika ade hajat di hati nak mencium syurga Allah.

    ReplyDelete
  3. skrg ni, membohong dah tak kira sape...tua ke muda ke...bertudung/berkopiah ke... yg penting dapat membangkitkan emosi rakyat...

    ReplyDelete
  4. Wardina please behave yourself. Youre actually nobody but a citizen in this beautiful country.Not only thousands and thousands of our citizen do not like you, even Allah may dislike you and hpefully Allah may not pay cash for the sin you have committed.You shd be thankful for what Allah have given to you.Please dont be ungrateful to the Almighty Allah.

    ReplyDelete
  5. Bapak Mat Salleh, mak org seberang,tolong sedar diri siapa yg begitu,jangan cakap ikut sedap mulut saja,malahan menyimpang dari fakta.Sama macam NI muka je comel hati busuk.

    ReplyDelete
  6. Acara lagha seumpama ini lah dulunya yg menjadi individu berkenaan populer,sama juga dgn artis 'insaf' yg lain.Kalau tidak dia ni bukan boleh jadi apa pun,belajar bukannya pandai pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsilap aku dlu zman lagha dia pling teruk...gmbar seksi standarad 18sx....kes with bf jahiliah dlu..jgn kata org lbih wardina....idup asyk menyalhkn org je...ko tu ada anak2
      ..tkut nti Allah bg kifarah pd anak2 ko nti....like mother like...

      Delete
  7. Dah dapat banyak job kat TV3 pun masih dok meroyan lagi, kesianlah pada yang tidak ada apa-apa ni..lepas ni TV3 patut fikir semula penglibatan si agen Anwar ini

    ReplyDelete
  8. Wardina lebih baik berdiam daripada mengeluarkan kata2 yang kita belum pasti kebenaranya dikuatiri dengan kata2 awak boleh membawa padah /keburukan dressing Nampak dah bagus tapi perangai tak pula yang menji9jikan.

    ReplyDelete
  9. Biasalah nak kan perhatian..nak jadi EXCO, kalau Pakatan memerintah tapi tak kesampaian, dia menulis dengan perasaan bukan akal fikiran..LOSER

    ReplyDelete
  10. Ya Allah kau berilah petunjuk dan hidayah kepada hambamu yang bernama Wardina ni.Ampunilah dosa dosa nye dengan mu dan biarlah dia memohon ampun dari kalangan manusia yg dia telah berdosa dengan mereka.Amiin.

    ReplyDelete
  11. Sesekali lihat iklan yang ada wardina hati kecil ini terus membenci bukan kerana dia menyokong pakatan haram tetapi dia suka memfitnah dan menghasut

    ReplyDelete
  12. tangkap aje la. apa tunggu lagi.

    ReplyDelete
  13. DBKL boleh menyaman wanita ini dengan RM10juta kerana memfitnah dan menghasut...kalau pembangkang dah lama mereka saman

    ReplyDelete
  14. Dia ni dah lama perasan hebat dan perfect.

    ReplyDelete
  15. perfect???? perfect kepala hotak dia, itu pun Najib lantik dia jadi ahli Majlis Konsultansi Negara, nampaknya nak kena belasah kerajaan baru dapat jawatan kot?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.