Thursday, January 23, 2014

Sah Nyawa Khalid Ibrahim Sebagai Menteri Besar Akan Berakhir


Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru. 


Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor. 



Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.

6 comments:

  1. Sebenarnya jangan LAYAN sangatlah PKR ni, biar MAMPUS je...

    ReplyDelete
  2. Inilah parti yang satu hari nanti akan tetap dikenang sebagai pembuka jalan bagi bangsa lain cacing naik ke mata, orang Melayu, Raja Melayu, Pelembagaan Negara tidak lagi dihormati..Inilah Parti SIAL BABI penghancur nasib orang Melayu atas modal fitnah keterlaluan. Saya tak kata UMNO perfect tapi sejarah adalah bukti yang tidak boleh ditipu. Setiap orang Melayu suka atau tidak terpaksa terima hakikat ini. Tapi PKRlah parti BABI yang memang suka ternak BABI2 bagi muka pada DAP pijak orang Melayu. Tak akan selamat pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara, Kalau tak percaya lihatlah, tunggulah...Allah swt sekarang bayar TUNAI....

    ReplyDelete
  3. PKR can go to HELL for all I care. Parti Pengkhianat bangsa melayu.....kharrk ptuihhh....

    ReplyDelete
  4. Melayu mudah lupa, Umporno telah byk mengadaikan Rezab Melayu yg hanya tinggal 5% aje keluasan Malaysia drp 45% selepas merdeka, itu belum lagi saham utk bumiputra dan GLC yg telah tergadai kpd YTL. Berjaya Group dll... jgn lupa Bukit Tinggi yg tergadai kpd Vincent Tan gara2 raja melayu yg kaki judi..... ape melayu umporno terutama Melayu pahang boleh katakan.....HIDUP MELAYU aje.......... melayu subsidi n tongkat aje yg masih beria2 sokong umporno dgn umpanan BR1M yg x smpi RM40 sebulan , begitulah melayu umporno senang digula2kan oleh pemimpin mrk....... pikio le sikit bro......

    ReplyDelete
  5. Ye ke...raja atau sultan mana yang berjudi tu ?

    Dia Islam ke? Aku dengar orang Islam tak boleh berjudi, minum arak, macham mana ni?

    Jangan buat fitnah la...

    ReplyDelete
  6. Mereka ini telah dijanjikan syurga oleh peminpin mereka... jadi fitnah adalah satu perkara yang telah dihalalkan dan sering digunakan oleh peminpin mereka... jika agama Islam tidak dapat membawa mereka ke Syurga Agama Kristian Mampu untuk menyediakan Syurga untuk mereka.. Kerana mereka telah bersetuju untuk menyembah tuhan yang sama iaitu Allah..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.