Tuesday, January 21, 2014

Sam Ketot Akan Saman Media Yang Melaporkan Peserta Demo Bakar dan Pijak Bendera Jepun


Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa peserta yang ditajanya dalam demonstrasi di hadapan kedutaan Jepun memijak dan membakar bendera Jepun.

Beliau menegaskan objektif AMK jelas hanya demonstrasi secara aman tiada bakar, tiada pijak, tiada jerit-jerit dan tiada guling-guling atas jalan.

Walaubagaimana pun penafian Shamsul hanya satu pembohongan seperti juga Anwar Ibrahim. Lihat gambar dibawah ini.



Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon Surat Kebenaran Khas untuk memasuki negara Jepun.

Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.



2 comments:

  1. Nasib baik tak jadi PM lagi, kalau tak malukan Malaysia ajer punya PM anwar yang dungu....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.