Tuesday, January 21, 2014

"Saya Dah Ada Suami, Saya Bukan Isteri Dato" - Kata Azma Kepada Dato Wan Amizan


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.

Azma Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.



Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Jerantut memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.

Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif menamakan Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.

Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.

Bagaimanapun Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.

Berdasarkan pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

Wan Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

6 comments:

  1. Mcmana bleh jd adun huuuuuu

    ReplyDelete
  2. Melayu umno bodoh yg memenangkan dia

    ReplyDelete
  3. Asal citenye nak sembunyi perkahwinan. Ha skrg satu melaya dh tahu perangai ko datuk

    ReplyDelete
  4. Ini lah kerja orang politik. Tak kira lah UMNO, PAS, PKR. Sama ajer. Berkejar-kejar jawatan, dapat habuan, kaya sikit, kumpul bini. Bukan nak bantu rakyat atau qariah kawasan...Bila bosses turun padang baru lah nak terhegeh-hegeh tunjuk muda bergambar dengan bosses. Pemimpin macam ini buang ajer jauh-jauh bersama pencacai dan pembodek mereka.

    ReplyDelete
  5. YB ada hati kot kat pompuan tu,sampai sanggup malukan diri & umno..dasar otak kangkung. atau YB x puas hati kat suami pompuan tu. Kalu stkt sijil kawin palsu blh upah macai2 kat pjbt agama.. Bubar sbb nak cover malu ka.. Apa kata pompuan dedah sms,surat ka mcm suruh minta cerai etc..kasi mati dia punya karier politik..hihi

    ReplyDelete
  6. X menyebelahi ppuan or dato tu....jika betul dato ni pernah berkahwin & daftarkn perkahwinannya di Malaysia, eloklah dato tu selesaikan kes ni di Mahkamah. Jika tidak, ia akan menanggung dosa berpanjangan. Yg ppuan plak, jika benar spt yg didakwa dato yg dia adalah isterinya sblm ini patut selesaikan dulu masalah ni, dah rasmi diputuskan oleh mahkamah, barulah berkahwin dgn org lain. Skrg dah bertimpa2 masalah. Perkara begini blh berlaku pd sesiapa shj jika kurang ilmu. Wallahualam.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.