Monday, January 27, 2014

"Saya Tak Akan jadi MB Selangor, Ludah Muka Saya Kalau Saya Bohong"


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim  menafikan sekeras-kerasnya laporan media mendakwa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyifatkan laporan akhbar The Star hanyalah satu spekulasi memandangkan ia sudah menjadi cakap-cakap sejak dahulu lapor portal rasmi pembangkang.

"Ia hanyalah satu lagi spekulasi sahaja. Cadangan itu sudah wujud sejak 2008 lagi," katanya kepada wartawan sambil ketawa.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya perjumpaan bersama Abdul Khalid membincangkan isu tentang peralihan jawatan tersebut.

"Memang kita ada perbincangan namun hanya menyentuh mengenai kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dan saya memang selalu berjumpa dengan Abdul Khalid bermesyuarat, setiap minggu, atau dalam dua minggu sekali, dan kali terakhir kita berbincang ialah Jumaat," katanya.

Sumber dalaman PKR mengesahkan bahawa ketua pembangkang itu akan menggantikan jawatan Abdul Khalid sebagai menteri besar sebagai jalan penyelesaian dalam pertelingkahan antara Khalid dan Azmin.

Peralihan kuasa kepada Anwar itu dipercayai antara usaha menangani konflik dalaman di antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang sudah lama berlarutan dan semakin meruncing.

1 comment:

  1. kawe raso datin wan azizah akan ganti khalid dag dig dug...baru setle kes

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.