Saturday, January 11, 2014

"Saya Tak Nampak Pun Ada Ancaman Jika Kristian Guna Kalimah Allah Dan Bible Berbahasa Melayu"


Prof Dr Aziz Bari pakar perlembagaan pakatan haram mempertikaikan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian.

Katanya, masyarakat Islam merupakan golongan majoriti di negara ini dan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu yang mustahil jika golongan Kristian yang minoriti mampu mengancam keamanan negara ini.

"Saya tidak nampak langsung ancaman tersebut akan berlaku kepada umat Islam di negara ini. Kita berada dalam kelompok majoriti dan bagaimana golongan minoriti dapat mengancam kita.

"Semua kenyataan tersebut tidak boleh diterima akal, negara mempunyai undang-undang dan kita berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama rasmi, jadi bagaimana Kristian boleh timbulkan ancaman.


Aziz Bari dengan kata lain bersetuju membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dan mencetak dan mengedarkan bible berbahasa Melayu.

Menurut beliau, isu yang telah ditimbulkan ini sengaja diberikan publisiti negatif kepada negara di peringkat antarabangsa kerana gagal mewujudkan suasana hormat menghormati antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Malah jelasnya lagi, isu tersebut sengaja disebarkan bagi tujuan keuntungan politik sahaja tidak lebih daripada itu, lapor Harakah Daily portal rasmi Parti Pas.

Pada dasarnya pakatan telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada penganut Kristian bagi menggunakan kalimah Allah dalam setiap perhimpunan mereka di gereja dan mereka bebas mengedarkan bible berbahasa Melayu kepada sesiapa sahaja jika pakatan diberi peluang mentadbir Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Dr. Aziz Bari merupakan calon Parti Keadilan Rakyat yang menjadi taruhan Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon Barisan Nasional Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Turut menjadi panel pada wacana semalam adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (MECF), Eugene Yapp.

13 comments:

  1. SETUJUKE ALLAH JIKA GEREJA DI PANGGIL RUMAH ALLAH ?...MAHA SUCI ALLAH DARI APA YG MEREKA KATAKAN.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak pekak bkn nama macai umno leee hehehe knp rumah org islam tertera nama allah tak d panggil rumah allah...macai pekak dan tak belajo

    ReplyDelete
  3. Bandingkan rumah org dgn rumah ibadat. Apa punya bodoh la perbandingan tu. Kalau gereja nak guna kalimah Allah, boleh... pastu benarkan ajer laungan azan di gereja. Semua aktiviti agama islam boleh buat di gereja.

    ReplyDelete
  4. Fahami dulu Allah dlm islam adalah yg maha esa dan yg satu tetapi definasi allah org kristian adalah bapa tuhan dan ada anak dan sbgainya. Ada sesiapa yg berani mencabar pencipta kita?saya sbg hambanya tidak sama sekali.

    ReplyDelete
  5. Isu Kalimah AllaH adalah mainan politik Presiden Umporno, Kata Negara Islam, ngape semasa mahkamah tinggi membenarkan bkn islam gunakan khalimah Allah hakimnya bkn islam sedangkan ketua hakim org melayu, peguam negara org melayu, sapatutnya kes melibatkan islam hakim mestilah melayu islam tapi Najib sengaja meletakan hakim bkn islam utk buat keputusan maka dia mesti memihak kpd kristian.... kemudian kerajaan umporno merayu di mahkamah rayuan konon utk membela majoriti islam maka dimainkan isu ini utk menarik penyokong melayu dgn mengatakan inilh padahnya melayu sokong PR n jika Pr perintah Malaysia maka dikristiankan negara ini n mcm2 lagi, tujuannya utk menarik sokong melayu kpd umporno tapi jika dari awal lagi kes ini memihak kpd islam tidak ade lagi isu berbangkit, ini semua 'spin' Najib utk kepentingan politik umporno sedangkan di Sabah/Sarawak boleh, ape Mufti n penganut islam di kedua2 negeri itu tak sensitif dgn kalimah Allah ke? o iman mrk betul2 kuat lansung x kisah dgn isu ini o penganut islam di semenanjung aje yg sensitif...... sepatutnya bkn islam di Malaysia keseluruhan nya x boleh gunakan kalimah Allah, spt judi negape ade negeri yg halal, tu baru betul2 negara islam, semua ahli umporno telah dikhianati o;leh Najib, beliau patut dinyahkan dari umporno..... sama juga dgn laungan 'Hidup Melayu' yg bergema di PWTC semasa PUM tapi dlm masa yg sama pemimpin umpornolh yg gadai rezab melayu kpd cina bkn Kerajaan cina DAP PP rampas dari org melayu bro.... nmpk tak melayu dibodohkan oleh pemimpin umporno dgn laungan 'Hidup Melayu'.....kome pikio lh sikit yub/yong..... jgn angguk aje ckp pemimpin kome....

    ReplyDelete
  6. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din tetap mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.

    Kata harun Din "Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?

    "Sewaktu tahun 2008, saya sudah perjelaskan dihadapan wartawan dan bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk Al-Quran pada ketika itu.

    Saya tidak akan bersetuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah ... Allah yang selama-lamanya 'Qulhu Allahu Ahad'.

    "Kalau kita benarkan, kita rela dan kita redha Allah diletakkan kepada 'God'. Maknanya kita meredhakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.

    ReplyDelete
  7. Itu la sebabnya fahaman kristian ni sesat, kerana menyekutukan Allah. Dah jelas dalam ayat terakhir surah al Fatihah. Sejak tahun 300++ masihi dah sesat dah dari segi menyekutu. Sejak 70++ dah sesat kerana mengatakan Isa as anak Tuhan.

    Yet Allah recognises Christianity ujud (walaupun sesat) malah diberi tahap ahlul kitab (yang ni kena ada pencerahan)

    Tiba-tiba hari ni baru nak takut? Fear monggering betul... Ke saja-saja nak cari populariti politik?

    May cause confussion? Yes! Tapi adakah dgn menghalang penggunaan kalimah Allah boleh memastikan aqidah anak-anak kita terjamin? Senang ke nak halang mereka guna kalimah Allah?

    Kita ni sibuk nak halang mereka guna kalimah Allah, sampai bila? lagi bermakna kalau kita mantapkan aqidah anak-anak kita. Dah ada provision undang-undang agama lain tak boleh berdakwah kan? Enforce la yang tu dulu.

    ReplyDelete
  8. Sekurang-kurangnya kita bersama umat Islam yang lain untuk mempertahankan kesucian Agama Islam daripada bersama dengan golongan munafik kononnya memperjuangkan agama Islam tetapi merekalah yang menghancurkan agama Islam

    ReplyDelete
  9. Walaupun dimaki hamun oleh pecacai bangang yang ada dalam Pas namun Haron Din tetap mempertahankan kenyataannya membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian adalah kufur

    ReplyDelete
  10. kafir lahnattullah sanggup murtad kan diri mereka kerana kalimah ALLAH,kerana apa?kerana itu adalah salah satu cara mereka untuk menghancur islam secara sistematik...itu yang prof tak nampak walau melihat secara zahirnya....untuk apa kita dijadikan khalifah dimuka bumi jika kalimah ALLAH pun tak mampu dipertahankan....hari ini kafir lahnattullah jika kita benarkan,percayalah satu hari nanti kalimah suci tersebut akan jadi bahan injakkan mereka dan pada masa itu sudah terlambat,percaya lah.....lihat bagaimana kalimah suci di perlekehkan dalam lagu di negara jiran setelah kalimah suci dikongsi oleh kafir lahnatullah.

    ReplyDelete
  11. Lahnatullah ke laknatullah?

    Admin pun dah start delete komen ke? Pathetic!!! Cakap berjuang berdegar-degar, kena komen contradicting sikit dah tak berani publish. Tu pun sibuk "berjuang" konon.

    ReplyDelete
  12. DIA Tak nampak...Sebab ALLAH dah butakan Mata hatinya....Kita yang tidak dibutakan mata hati oleh Allah...akan nampak secara jelas perancangan dan stretegi Kafirun...LIHAT contoh Indonesia....ada mengatakan satu hari 1 ke 2 juta convert...Dulu Islam di Indin adalah tempat rujukan...sekarang..x...

    ReplyDelete
  13. Yg beria-ria nk pertahankan 'Khalimah Allah' mrk jugaklah yg kaki judi, beli no. ekor, kaki dangdut, anak2 mrk terlibat dadah, kalau betul sygkn islam ngape tidak dtg2 beramai berjemaah di masjid, jika kita islam mengikut ajaran islam sebenar dgn memenuhi masjid setiap waktu spt solat jumaat di kelima2 waktu org kristian pn takut, cuba kita perhatikan org2 umporno adekah mrk yg memenuhi masjid setiap kali waktu solat? kalau perkara sekecil tu pn tak leh lakukan ape lagi yg lebih besar?... sebenarnya isu ini semua mainkan umporno utk mendapat sokongan melayu dlm politik, ngape mrk tak bantah pengeluaran lesen judi? penjualan arak dinegeri yg diperintah umporno? tapi meroyan tahap 1 di Selangor, mane NGO Melayu Perkasa Pekida n Jati? Perkasa Sarawak/Sabah tak sensitif pn tapi Semenanjung moroyan tahaf GILA dgn isu ini....haprak Umporno......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.