Thursday, January 9, 2014

Sebelum Tangkap Orang Berkhalwat Jais Perlu Berbincang Dengan Kerajaan PKR/DAP Dahulu


JAIS kini sudah tidak sebebas dulu mereka perlu memaklumkan setiap tindakan yang akan dibuat kepada kerajaan PKR/DAP sebelum tindakan itu diambil.


Jais juga perlu berbincang dan berunding dengan kerajaan PKR/DAP negeri Selangor jika hendak menjalankan operasi 'sensitif' seperti itu.

Ini merupakan langkah kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibuat oleh kerajaan PKR/DAP untuk JAIS yang telah diumumkan oleh Menteri Besar kerajaan PKR/DAP Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

SOP yang baru sudah berkuat kuasa hari ini dan sudah diaplikasikan, kena ada perbincangan bersama sebelum apa-apa tindakan diambil.

Khalid juga menegaskan agar Jais memulangkan semula bible berbahasa Melayu yang dirampas oleh Jais di pejabat Bible Malaysia di Damansara Kim baru-baru ini.

Walaupun Exco agama Sallehin Mukhyi mengakui serbuan pada 2 Januari itu adalah mengikut SOP JAIS yang ditetapkan namun tindakan itu dikatakan menjejaskan hubungan politik antara penganut Agama Kristian dan pakatan pembangkang.

Kini jika JAIS hendak bertindak menangkap orang berkhalwat sekalipun Jais perlu berbincang dulu dengan kerajaan PKR/DAP sebelum sebuan dilakukan.

Kerajaan PKR/DAP Selangor mahu rakyatnya bebas melakukan apa sahaja walaupun menyalahi hukum Islam kerana dengan beberapa serbuan yang dilakukan oleh Jais mampu mengganggu kenteteraman awam.

Sementara itu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyita lebih 360 nashkah Bible dalam bahasa Melayu dan membuat serbuan ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia pada Khamis memang di bawah bidang kuasa perundangan jabatan itu.

Menurut Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, JAIS mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan di Damansara Kim, Petaling Jaya itu dan tiada pihak perlu mempertikaikannnya.


Serbuan itu telah menaikkan kemarahan pemimpin kafir DAP dan memaksa kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid gagap meminda SOP tugas untuk Jais.

4 comments:

  1. Minta Tuanku Sultan dan Majlis Raja-Raja campur tangan kejahatan MB dan Rejim PR selangor utk cucuk idung JAIS... apa lah lemah nya org Islam smpai satu persatu dh kena cantas.. Gereja yg jahat dn langgar perintah mahkamah..tp JAIS yg dikenakan hukuman??? apa ni???

    ReplyDelete
  2. Ini menunjukkan Pas sudah jadi babi tunggangan Dap

    ReplyDelete
  3. Senanglah sabun dan pengikut syiahnya untuk bermutaah....setiap kali nak serbu kena bagitau m sabun dulu dan geng exconya...

    ReplyDelete
  4. JAIS selalu terlepas pandang serbu kedai TOTO n Magnum, rupanya kebanyakan pengunjungnya melayu islam ahli umporno patutlah...... yg untung taukeh cina DAP/MCA/Gerakan.....cuma hangpa tengok2 kt Ipoh betoi tak?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.