Tuesday, January 7, 2014

Setelah Puas Memaki Hamun JAIS Akhirnya Exco Agama Selangor Akui Tindakan Jais Betul


Semakin terserlah permainan politik pakatan rakyat dalam mempertahankan gereja dengan memaki hamun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ekoran serbuan dan dan rampasan bible berbahasa Melayu.

Setelah puas menghina Jais akhirnya Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri Selangor  Sallehin Mukhyi akhirnya akur bahawa tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia tidak salah kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan.

Walaubagaimana pun penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin Pas terutamanya terhadap Jais tidak boleh dimaafkan kerana Pas kononnya memperjuangkan Agama Islam sanggup membiarkan Agama lain menghina Agama Islam sendiri.

Umat Islam juga agak keliru kenapa Exco Agama negeri Selangor berjumpa dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar tanpa dihadiri oleh pemimpin Islam yang lain.

Apakah yang mereka bincangkan 'strategi untuk menang PRU14?' atau Strategi untuk menguburkan Jais yang dilihat sebagai halangan bagi penganut Kristian untuk mengembangkan Agama mereka.

Dalam sidang akhbar yang sama, Lawrance dengan angkuh berkata kenyataannya mengenai kalimah Allah berkisar kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan beragama.

"Setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Agama lain tidak boleh masuk campur dan memberitahu satu lagi agama apa yang perlu dilakukan," katanya.

2 comments:

  1. Lebih baik letak jawatan aja mangkok ni Nampak sangat kebodohnya ia2 nak menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=234328

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.