Friday, January 10, 2014

"Siapa Kata Saya Nak Letak jawatan" - Datuk Seri Hassan Malek



Datuk Seri Hasan Malek menafikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan.


"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook pembangkang kononnya YB. Dato' Seri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.

"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.

Khabar angin tentang perletakan jawatan membabitkan Hasan tersebar sejak semalam di beberapa laman sosial.


Bagi pembangkang jika fitnah itu dituju kepada pemimpin kerajaan maka fitnah itu tidak berdosa tetapi jika kena pada batang hidung mereka berbagai dalil akan dikeluarkan oleh pecacai Pas yang sentiasa berkhidmat untuk itu.

1 comment:

  1. Kami pun tak kata tapi dato layak berenti atau dipecat.

    HAI ... orang2 najib ni apsal rata-rata bodoh nak mampus belaka...

    .... letih kami di bawah ni Dato Najib!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.