Tuesday, January 14, 2014

'Sultan Melaka' Akhirnya Ditahan Polis Sewaktu Perjalanan Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran


Polis menahan seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, ketika mahu ke Pulau Besar, sebentar tadi dipercayai dalam perjalanan ke majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Noor Jan Shah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira-kira jam 10.45 pagi.

Noor Jan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penahanan itu susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu yang dikenali sebagai Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak. 

"Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.

"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya.

6 comments:

  1. Biasa lah zaman Ah Jib Gor jadi PM,kerja polis hanya untuk ambil statement aje,tidak ada apa apa tindakan serious akan di ambil terhadap DYMM Sultan Melaka ini. Puak anarkis yang rosak harta benda dan pukul polis semasa BERSH 1,2 dan 3 pun masih bebas.

    alfie

    ReplyDelete
  2. Setakat Sultan Melaka jer yg berani ambil tindakan. Tony Puaka tu boleh lepas! Bodoh betul! Kalau Melayu ditekan sungguh2 kalau cina tekan dia berkali kali pun buat bodoh jer!

    ReplyDelete
  3. Harap Sultan Melaka akan meneruskan perjuangan nya dari ICJ supaya Malaysia dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa , kerana kekosongan untuk jawatan Sultan semuanya telah diisi oleh org2 UMNO.

    ReplyDelete
  4. Aku baru je ada niat nk beli title Dato' kat mat jan ni tp dia ter kantoi lak....nmpk gayanya kena tunggulah anugerah dr Sultan Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  5. Najib tu kan ke OKU. dia tu pesakit downsyndrome yang di pergunakan oleh ahli JMNO. Asyik lap mulut 24jam.

    ReplyDelete
  6. Dulu Umporno sokong bila umporno Kelantan nk tabalkan Sultan Kelantan tapi bila kes ni mrk bertindakan pantas, ngape? sbbnya ianya mengugat bekas pemimpin umporno Pahang yg ditabalkan jadi Governor Melaka sedangkan citer dh lama sejak 6 thn dulu ngape skrg baru bertindak....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.