Saturday, January 4, 2014

Tanah Adalah Maruah Bagi Orang Melayu - Dato Hamidah Osman


Kalau kita pergi minum kopi di warung-warung sekitar kampung, kita akan dapati ada orang kampung merungut untuk mendapat sebidang tanah bagi mendirikan rumah. Ada permohonan mereka diluluskan dan tidak kurang pula ada permohonan mereka ditolak dengan alasan munasabah oleh Pejabat Tanah Daerah. Misalnya tanah yang dipohon itu adalah rizab untuk sungai dan sebagainya. 

Bagi seorang yang pernah menjadi wakil rakyat Dato Hamidah Osman mengingatkan kepada orang Melayu yang mempunyai tanah agar jangan begitu mudah menjual tanah mereka hanya kerana ingin mendapat keuntungan segera. "Tanah merupakan maruah bagi bangsa Melayu", kata Dato Hamidah lagi yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gopeng.

Tanah bukan sekadar harta yang mempunyai nilai ekonomi tapi merupakan maruah sesuatu bangsa. Boleh kah kita berbangga sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu jika kita tidak mempunyai tanah atau sebuah rumah untuk didiami, berbanggakah kita sampai ‘beranak pinak’ masih lagi menyewa atau menumpang di rumah orang tua?

Apabila British memerintah tanah melayu mereka membawa masuk orang cina memajukan perlombongan bijih India pula untuk membina jalanraya, landasan keretapi serta ladang getah. Kaum imigran menyeberang lautan untuk mencari kekayaan. Dari awal lagi mereka sudah berfikir jauh kehadapan untuk mencari kekayaan dan menguasai ekonomi di Malaysia. Salah satu unsur utama kekayaan ialah tanah. 

Seperti kata Tun Mahathir dalam Dilema Melayu 1970 “Apabila pendatang Cina semakin ramai datang ke Malaysia, maka perniagaan mereka pun semakin turut berkembang, harga tanah dikawasan bandar turut naik secara mendadak. 

Orang Melayu mula tertarik dengan tawaran harga yang tinggi bagi setiap inci tanah mereka. Mereka mula menjual tanah kepada kaum Cina dan mereka berpindah semakin jauh dipinggir Bandar. Tegas Tun, “Orang cina lebih cekal menghadapi cabaran dan rajin berusaha berbanding dengan kaum Melayu”.

Selepas tragedi 13 Mei melalui DEB pelbagai perbadanan ditubuhkan oleh kerajaan untuk memajukan orang melayu, tetapi sedikit sekali tercapai matlamatnya. Orang melayu tertinggal jauh dibelakang berbanding dengan kaum Cina dalam pemiliki tanah dan rumah terutama di bandar.

Hanya FELDA sahajalah satu Perbadanan yang berjaya membantu orang Melayu yang tidak bertanah agar mempunyai tanah.

Orang melayu masih lagi merasa terjamin dengan adanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Enakmen Tanah Rezab Melayu 1913 dan kuasa politik yang dominan, tetapi sampai bila orang melayu hendak bergantung dengan perkara tersebut. Bagaimana jika pihak lain yang memerintah? Sudah semestinya Enakmen Tanah Rezab Melayu akan dibubarkan.

Apabila kita melihat harga tanah dan rumah yang ada pada hari ini, memang tidak mampu dibeli oleh penduduk kampung yang kais pagi makan pagi. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalah tersebut yang semakin kritikal.

Penyakit masyarakat Melayu dari dulu hingga sekarang adalah nak cepat kaya, nak jadi jutawan segera maka ada tanah yang diberikan oleh kerajaan habis dijual. 

Tanah adalah maruah, kepada sesiapa yang mempunyai tanah terutamanya orang Melayu janganlah sewenang-wenang menjual tanah itu kerana pada masa akan datang belum tentu kita boleh memperolehi tanah kerana tanah kini sudah semakin berkurangan.

Bagaimana untuk menyekat daripada orang Melayu daripada menjual tanah mereka?

1 comment:

  1. Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! , Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD 25, bersamaan RM 80.00 lebih kurang. Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri... pastu apa lagi? Copy link anda atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD 10 atau RM 30.00 lebih kurang. Mudah kan!!! cek (akan dipos terus ke rumah).
    Copy & paste link ini...

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=234328

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.