Wednesday, January 22, 2014

Titah Agong Tak Boleh Digunapakai Pada bukan Islam - Aziz Bari


Pakar perlembagaan pakatan pembangkang, Dr Abdul Aziz Bari  berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah terhad dan pemerintah tidak berkuasa untuk menentukan undang-undang Islam.

Abdul Aziz merupakan calon yang tewas di Parlimen Sabak Bernam berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya sahaja. Oleh itu arahannya tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.

"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan langsung kepada bukan Islam"

Beliau berkata, Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah. Ada sultan yang setuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut perundangan.

"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.

Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian ekoran kenyataan yang dibuat oleh peguam kafir peguam Edmund Bon yang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong bersifat menghina Seri Paduka dan boleh menimbulkan perasaan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kenyataan peguam itu dalam laman sosial Facebook telah digunakan pengamal laman sosial yang lain untuk menghasut rakyat supaya membenci dan tidak menghormati Seri Paduka.


Edmund Bon juga merupakan peguam bagi pihak parti kafir Dap dan kerap mengambil kes untuk membela peserta demo yang ditahan oleh pihak berkuasa.

11 comments:

  1. Inilah namanya Islam pada nama shj. Tapi sedap bersekongkol dgn kafir

    ReplyDelete
  2. aziz bebiri ni pakar undang-undang ke atau pakar kangkung al-kongkang? Dalam kemelut politik Perak tahun 2008-2009 pun, pendapat dia bias pada fuckatan. Padahnya 5 hakim sebulat suara memutuskan pemerintah kerajaan Perak yang sah adalah dari BN yang dilantik sultan dan bukannya proksi fuckatan iaitu Nijar beruk. Kali ni dia nak beri pendapat kangkung al-kongkangnya lagi. Tak payah la, simpan je dalam tong sampah.....

    ReplyDelete
  3. kalau dah tak hormat Agung... lucut je kerakyatan... halau semua yg penderhaka dan perosak keamanan... negara tak perlu rakyat yang kurang ajar n tak bertamadun...

    ReplyDelete
  4. Hanya Nabi boleh buat undang2 Islam atau menukarkannya, siapa dia Agung, manusia biasa . Adalah ditulis dalam Al Quran samaada bukan Islam tak boleh pakai Kalimah Allah.

    ReplyDelete
  5. Hanya Nabi boleh buat undang2 Islam atau menukarkannya, siapa dia Agung, manusia biasa . Adakah ditulis dalam Al Quran sama ada bukan Islam boleh/tak boleh pakai Kalimah Allah.

    ReplyDelete
  6. Larangan oleh Sultan pun tak di endahkan oleh golongan ini, ini kan pula arahan agong !

    ReplyDelete
  7. kalau LGE atau kit siang, atau karpal di lantik sebagai agong, tentu golongan ini akan dengar dan patuh arahan agong baru. lain cerita pulak jadinya

    ReplyDelete
  8. Inilah yang dapat kita lihat satu pandangan dari golongan PAS iatu Dr Abdul Aziz Bari dan pecacainya bagi mencerminkan pendirian PAS untuk mempertahankan golongan Kristian bagi mengunakan Kalimah Allah serta Bibble berbahasa melayu yang jelas untuk menyesatkan orang Islam. Sepatutnya mereka ini mempertahankan Ugama Islam dan tidak akan rela Kalimah Allah yang Maha suci dan agong digunakan oleh satu kaum yang dilaknati Allah dan tempat mereka adalah di neraka. Bertaubatlah kerana Allah dan bukannya kerana kepercayaan Parti yang menyesatkan.

    ReplyDelete
  9. kepala penuh dengan taik babi.sia sia mak bapak hantar p sekolah

    ReplyDelete
  10. Anon 11.17am tau ke sape menteri KDN n pegawai2 disana ? semua org melayu islam ngape mrk luluskan pengunaan Bible melayu di sini, bkn salah PR, semua yg berkuasa di KDN org2 umporno bro... lu pikirlh sendiri.......

    ReplyDelete
  11. Selagi ada manusia seperti Dr Abdul Aziz Bari yang mengaku Islam di bumi Malaysia ini.. yang berjuang bermatian untuk membenarkan Kalimah Allah di gunakan oleh orang Kristian ... maka selagi itulah perjuangan untuk mempertahankannya akan menemui banyak halangan.....malah mereka sanggup fitnah mengatakan KDN yang luluskan...kalau benar tunjukan bukti...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.