Wednesday, January 15, 2014

Tumbuk Kamalanathan : Siapa Kata Pemuda Umno Tak Terlibat


Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi yang dikatakan telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. kamalanathan diberikan surat tunjuk sebab oleh Ibu Pejabat Umno.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tunjuk sebab itu merupakan tindakan awal daripada pihak parti sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, Umno memandang serius terhadap tindakan Muhamamad Rizuan selain kesal dengan insiden yang tidak sewajarnya berlaku.

"Sehubungan itu Ibu Pejabat Umno akan mengambil tindakan terhadap beliau (Muhammad Rizuan) dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.

"Umno juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata, Umno tetap berpendirian teguh untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui mesyuarat dan perbincangan tanpa melibatkan sebarang pertelingkahan atau kekasaran yang mengundang keadaan lebih buruk.

Adakah lifestyle membawa padah

2 comments:

  1. Ini semua hasil tarbiah umpornolh yg mengujudkan pemuda tahan lasak lapi pn elok jugak ditumbuk MP ni krn Hulu Selangor kwsn melayu ngape 'Pak Hitam' disokong jadi MP.... bodohnya melayu umporno....... Mantan presiden MIC pn india Sg Siput tak mau, melayu2 dgn BR1M yg RM40 sebulan pn ko org senang dibeli tak hairanlh 'Rezab Melayu' digadai pemimpin umporno ko org x marah....

    ReplyDelete
  2. Mengikut lapuran Sinar harian edisi KL/Selangor bapa pemuda umporno terlibat sanggup melutut jika MP Kamal ni meluluskan pertukaran menantunya..... ish ish ish bodohnya melayu umporno Ulu Selangor ni tak hairanlh mrk pilih MP India jadi wakil mrk...... tu pn mrk beria2 sgt nk pertahankan Khalimah Allah konon perangai ish ish ish.... sanggup ke kome yob/yong Sg Rapat buat lagu tu..... sebenonya guna kabel dlm urusan harian mmg budaya umporno..... pemuda yg dikatakan guru ni pn agaknya jadi guru pn guna kabel tu psl fikiran becelaru mcm mane murid2 nk cerodek....... jgn mrh kerabat umporno semua....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.