Wednesday, January 8, 2014

Tuntutan palsu RM378,000: Jika Semua Pegawai Amanah Tol Boleh Dimansuhkan


Inilah masalahnya pegawai kerajaan yang ada sekarang pantang nampak ada ruang pasti mereka tidak akan mempergunakan untuk kepentingan mereka sendiri.



Dua pegawai kanan Wisma Putra ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik yang dianggar bernilai AS$126,000 atau RM378,000.00.

Tuntutan paslu itu dibuat dua pegawai kanan Kementerian Luar terbabit semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat ketika kedua-dua mereka bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington.

Kedua-dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.30 petang Selasa.

Kes disiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001


Rasanya jika semua pemimpin dan pegawai kerajaan yang ada sekarang amanah, jujur dalam melaksanakan tugas sudah pasti dapat meringankan beban rakyat.

Harga bahanapi mungkin dapat dikurangkan dan tol mungkin dapat dihapuskan tetapi akibat gejala rasuah yang tidak ada sempadan rakyat terpaksa dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup yang agak tinggi. 

Pegawai-pegawai kerajaan sebegini bila diberhentikan nanti sudah pasti akan menyertai pakatan haram kerana untuk melepaskan dendam terhadap kerajaan.

5 comments:

  1. kata kerajaan umno.ni yg kena tahan macai umnolzh

    ReplyDelete
  2. mana kerajaan yang memerintah didunia yang tak lari dari rasuah penyelewengan..syabas sprm yang menjalankan tugas membenteras gejala rasuah dan lain2..yang pandai kutuk tu pembangkang yang macamlah bersih sangat..

    ReplyDelete
  3. pru14 kita kasi menang pr..tengok rasuah,kroni,judi,murtad,tindas lagi teruk dari sekarang.. pastu kita dok termenung ler atas bumbung bangunan standby lompat..

    ReplyDelete
  4. Yang buat rasuah pegawai yang menyokong pakatan haram tetapi kerajaan BN yang dipersalahkan

    ReplyDelete
  5. 2 mamat ni sikit aje makannya kalau nk dibandingkan dgn pemimpin umporno sapu....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.