Monday, January 13, 2014

Umno Tarik Balik Saman Terhadap Tian Chua, Pengamal Media Sosial Pro Umno/BN Syok Sendiri


Pengamal media sosial pro-umno/BN walaupun tidak dibayar mungkin agak kesal dengan tindakan umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua berhubung dakwaan parti Melayu terbesar ini terlihat dalam kes serangan militan bersenjata di Lahad Datuk awal tahun lepas.

Selepas mereka berhempas pulas mempertahankan umno daripada difitnah oleh kumpulan penyokong Tian Chua yang cuba memutar belitkan isu insiden tembakan di Lahat Datu.

Penarikan balik saman ini menunjukkan ketidaksungguhan pemimpin umno mempertahankan parti daripada difitnah.

Ramai yang agak terkejut apabila Umno bersetuju menarik balik saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas Tian Chua menjelaskan pandangannya dan rela menarik balik artikel dalam akhbar web PKR Keadilandaily.

Sementara itu Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof berkata, parti itu menerima penjelasan Tian Chua dan memutuskan menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua.

Betapa mudahnya penyelesaian mereka tanpa memikirkan kesan kepada penyokong mereka sendiri. Apakah umno takut untuk berhadapan dengan Tian Chua di mahkamah?

Memang benarlah kata Khairy Jamaluddin pengamal media sosial pro BN/Umno hanya syok sendiri.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop.

Apa pun tahniah kepada umno yang mengambil jalan pintas mungkin Tian Chua akan buat fitnah lagi lepas ini kemudian taerik balik fitnah.

Pada 15 Mac yang lalu Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan jawapannya.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.

Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Persoalannya setelah tarik balik saman adakah reputasi Umno tidak terjejas?

2 comments:

  1. AHLI POLITIH TETAP AKAN BERPOLITIK,BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU2 NYA.

    ReplyDelete
  2. Ramai pemimpin umno dapat duit tak berkat....ketahui la wahai pemimpin umno bahawa hanya dua chara sahaja menyara diri..(1) berniaga...(2) mengambil upah (makan gaji)...hanya ini yang berkat...boleh dibawa ke masjid...kalau masuk secara penyalahgunaan kuasa / bagi kawan kawan lepas tu kutip ikut belakang...hmm memang banyak duit tapi tak berkat....Allah swt tumpulkan minda, jadi lemah /tiada daya, chelaru/clueless, speechless. ..so muhasabah diri je la...ambil yang elaun MP n ADUN sahaja baru BAR KAH. ..

    sekian untok hari ini. ..

    ******* Abu Ahmad*******

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.