Wednesday, January 22, 2014

Umno Tolong Jangan Buat Perangai nanti Orang Melayu Meluat


Seramai sebelas orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Negeri Pahang telah mengadakan satu sidang media tergempar di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Agenda utama mereka ialah membantah tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang telah melantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. 

Salah seorang wakil kumpulan terbabit, Muhammad Faiz Hashim berkata, mereka amat kecewa kerana Khairy langsung tidak melayan dan mengendahkan memorandum yang telah dihantar kepada beliau sejak dua minggu yang lalu. 

Lantaran itulah mereka bersepakat untuk mengadakan sidang media bagi membantah secara rasmi tindakan Khairy yang melantik Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Malah menurut mereka perlantikan itu tanpa melalui sokongan padu daripada majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian daripada seluruh negeri Pahang. 

Menurut Faiz lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota iaitu kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, antara lain mereka mahu Khairy menarik balik arahan perlantikan tersebut.

Faiz mahu Khairy melantik Ketua Pemuda UMNO Bera iaitu Mohd Zoolihsan Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru. 

Menurut Faiz lagi antara isi kandungan memorandum yang dihantar kepada Khairy ialah:
  •  Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di hotel yang sama di sini (Istana Hotel), menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri. 

  • Perlantikan Shahruddin sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian.
  • Kami terlalu bimbang perlantikan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dan telah pun mencaturkan perlantikan Shahruddin sebenarnya.
  • Shahruddin langsung tiada inisiatif uuntuk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan (Shahruddin) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan.
  • "Kami majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian hilang kepercayaan kepada Shahruddin kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik. 
  • Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Zoolihsan selaku Ketua Pemuda Bera dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang yang baru. 
Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Zoolihsan dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan", kata Faiz. 

"Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima sebarang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang lain selain daripada Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera. 

Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia akan memberikan mempertimbangkan Memorandum kami ini demi kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang", tambah Muhammad Faiz lagi.

Menurutnya lagi Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya mendengar suara akar umbi dan bukannya menggunakan kuasa veto beliau semata-mata untuk melantik mana-mana Ketua Pemuda UMNO Negeri. yang beliau suka.

Jika tidak, pasti sesuatu yang lebih buruk akan berlaku sekiranya calon yang dilantik tidak mendapat sokongan padu daripada majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian seperti ini. Difahamkan, hanya dua bahagian selain Pekan yang menyokong perlantikan Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang berbanding sebelah yang menolak perlantikan tersebut. 

Perubahan perlu dilakukan secara adil dan saksama agar perpaduan dan semangat setia kawan tetap wujud dalam parti. Jika berlaku krisis kepimpinan seperti ini, maka mana mungkin kerjasama yang terbaik dapat dilakukan. Ini akan memberi impak yang besar terhadap persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14. 

Oleh itu, Khairy perlulah dengar suara pihak lain sebelum buat apa jua keputusan yang boleh menimbulkan kontroversi.

1 comment:

  1. Dah lama dh melayu meluat dgn umporno cuma Admin baru tau je......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.