Wednesday, January 29, 2014

Undian Menunjukkan Rakyat Selangor Tidak Mahu Anwar Ibrahim Jadi Menteri Besar Selangor


Anwar Ibrahim terus membuat kejutan dengan mengarahkan Adun pkr Dun Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan dan seterusnya membolehkan beliau bertanding ditempat tersebut.


Cara yang sama juga dilakukan ketika beliau keluar dari penjara apabila meminta isterinya Wan Azizah meletakkan jawatan membolehkan beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

Walaupun parti komponen pakatan haram Selangor seperti Pas dan Dap mempunyai kelebihan kerusi berbanding dengan pkr tetapi mereka tidak mampu menahan kehendak Anwar Ibrahim yang pandai memutar belit sehingga menyebabkan Pas kecil hati.

Bagi Anwar Ibrahim trend kini rakyat sudah mula memilih pakatan haram sebagai pemerintah di negeri Selangor walaupun mereka meletak kepala babi sebagi calon sekalipun pkr tetap akan menang bergaya.

Dalam undian yang dilakukan oleh The Star terhadap 2,125 pengundi muda yang bermula jam 8 pagi 43% mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Mendapat tempat kedua adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus dengan undiansebanyak 497 undi.

Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beriya-iya untuk menjadi calon pilihan raya kecil itu hanya mendapat 21 peratus atau 450 undi dan menduduki tempat ketiga.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan
 terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan.

Ini menunjukkan yang mengundi Anwar Ibrahim hanya penyokong setianya sahaja sedangkan rakyat Selangor sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral menjadi menteri besar.

Sementara itu Pas memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim supaya jangan ganggu kerusi menteri besar dan Anwar nak bertanding dimana pun dia boleh bertanding.

Pemuda Pas Selangor akan memboikot kempen prk Dun Kajang yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim dan rakyat akan lihat ketegasan Pas dalam hal ini adakah berdiri teguh dengan pendirian atau terpaksa mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.

Bagi Dap pula mereka sebenarnya tidak sukakan Anwar Ibrahim kerana mereka tahu bagai perilaku Anwar Ibrahim tetapi demi untuk 'membunuh' umno mereka terpaksa setuju dengan setiap perbuatan dan tindakan Anwar Ibrahim.

2 comments:

  1. umno suka menteri Kangkong. Macai umno semuanya kongkang.

    ReplyDelete
  2. Jgn klentong lh Admin lu citer kt budak2 umporno mungkin diorg caya lh, mcm PRK Prmtg Pauh dulu mcm tu gak... akhirnya....majoriti beso.....mungkin sebelum Pru12 dulu rakyat percayalah tapi bkn selepas Pru13 ni..... PM Najib sendiri pn ckp rakyat luar bandar aje yg masih sokong umporno....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.