Saturday, January 4, 2014

Walaupun Umno Tidak Sertai, Bantahan tetap diadakan Secara Besar-Besaran, Pas Jangan jadi Batu Penghalang



Walaupun Umno Selangor tidak akan menyertai bantahan terhadap kenyataan seorang paderi Katolik bahawa gereja di negeri Selangor bantahan itu tetap akan diadakan demi untuk kesucian Agama islam dan Pas jangan jadi sebagai batu penghalang.



Pengerusi Badan perhubungan umno negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, "Kami tidak menyokong sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam bantahan di hadapan tempat-tempat ibadat kerana kita, Umno Selangor, hanya tidak berpuas hati dengan Paderi Lawrence Andrew,"

Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.

Kenyataan beliau menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor.

Isu itu berlaku selepas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pegawai menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.

Jais sebelum ini mengingatkan semua gereja di Selangor untuk mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diperuntukkan di di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998.

Kenyataan Akbar Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang

Hari ini, Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang Menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yg telah dikeluarkan oleh Paderi Lawrence Andrew (MI) yg mengatakan tidak mahu mematuhi Titah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Selangor yg telah menasihati dan mengarahkan mana-mana rakyat negeri Selangor yg bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.

Saya ingin mengingatkan semula kepada Paderi Lawrence Andrew kepada semangat Rukun Negara yg diasaskan pada 31 Ogos 1970, setahun selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, yg telah sama-sama bersepakat kepada 5 Rukun:

1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara ini menekankan bahawa setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Manakala perlu diingat juga bahawa Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan Negara.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Apa yg ingin diingatkan kepada Paderi Lawrence Andrew, Titah yang telah dikeluarkan Tuanku Sultan Selangor adalah bertepatan dengan sifat Baginda sebagai Raja yg merupakan lambang perpaduan rakyat.

Juga penekanan Baginda tentang pematuhan kepada peruntukkan di dalam Jadual kpd Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan orang Islam) 1998 yang telah diwartakan pada 7 Julai 1998.

Kuasa enakmen ini telah dipertegaskan semula di dalam penghakiman oleh Yang Arif Dato Sri Mohammad Apandi Hj Ali, Hakim Mahkamah Rayuan yang menyatakan:

” it is my judgement that the right of the State Legislature to enact laws, to ensure the protection and sanctity of Islam under Article 11(4) is constitutional.

Yang mana Article 11(4) yang berhubung kait dengan Article 11(1) yang ditakrifkan oleh Yang Arif:

“it is also my reading that this is how the element of ‘peace and harmony’ in Article 3(1) is to be read with the freedom of religion in Article 11(1) of the Federal Constitution”

Di dalam hal ini, Baginda Tuanku Sultan menegaskan:

“Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,”

Baginda juga turut bertegas bahawa keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penganut agama lain serta mengelakkan pertelingkahan kaum yang boleh membawa kemudaratan kepada semua.

Kepada Paderi Lawrence Andrew dan Ketua-Ketua Paderi yang ada di negeri Selangor adalah diingatkan tentang kesimpulan kepada keputusan Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14hb Oktober 2013 yang menyatakan:

“That being the historical fact it can be concluded that the word or name ‘Allah’ is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church”

Dan perlulah diingat bahawa keputusan Penghakiman yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan ini adalah terpakai sehingga dan selama mana Penghakiman yang baru, sekiranya ada.

Dan pada hari ini, Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang menyatakan, akan menghantar satu Notis Bantahan kepada Ketua Paderi pada 5hb Januari 2014 di gereja:

Church of our lady of lourdes
114 Jln Tengku Kelana 41000 Klang, Selangor

Sebagai peringatan awal terhadap gesaan “Tuntutan Mohon Maaf” yang telah dibuat oleh pelbagai pihak kepada Tuan Paderi Lawrence Andrew yang akan tamat tempoh pada 5hb Januari 2014 ini.

Saya juga dimaklumkan bahawa perkara yang sama juga akan dibuat oleh masyarakat Islam di daerah gombak pada hari yang sama, dan akan dituruti oleh daerah-daerah yang lain seterusnya.

Satu notis bantahan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam akan dihantar oleh Sekretariat Solidariti Umat Islam daerah Klang kepada Ketua Paderi, Ahad ini.

Pengerusi Sekretariat berkenaan, Norman Toha menegaskan kenyataan pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang bertegas mahu kalimah berkenaan terus digunakan, jelas bertentangan dengan enakmen negeri, titah Sultan Selangor serta penghakiman oleh Mahkamah Rayuan, 14 Oktober lalu.

7 comments:

  1. Paderi keling pariah ni bukan paham pun agama dia tu. Lebih pada keling nak pakai nama omputih, tu yg dok masuk kristian. Kena pulak berkawan dgn nabi2 Pas, lagi berani la dia bkokok. Pkr ni sume melayu islam dah faham maksud ditubuhkan....nasib baik masih ada melayu islam sebenar yg perjuangkan isu ini....DAULAT TUANKU...

    ReplyDelete
  2. Jom ikut demo esok kita turun ramai2 depan gereja biar pemimpin Hampas terkedu

    ReplyDelete
  3. Wajib join....jihad beb

    ReplyDelete
  4. Puak penganut Pas/Pkr ni dok kapirkan Umno...tapi hal kalimah Allah, sunyi sepi??? Cuba fikir implikasi kalau benarkan kalimah Allah digunakan puak kapir harbi ni!!! Korang ingat boleh control ke nanti??? Sukahati dorang nak labelkan kalimah Allah kat botol arak ke, babi ke, rumah urut ke...dll. Esok anak cucu korang pun sedap je melantak...dah lah korang ni memang dah bengap...lahir ikut bontot ke?

    ReplyDelete
  5. DS Noh, tak payah nafi umno tak terlibat... Aku org umno, dgn bangga aku akan pertahankan kalimah Allah utk anak2 cucu aku. Biar esok dorang tahu yg ayah dorong ahli umno dan mempertahankan kalimah Allah. Jihad ini pasti..sejarah ni...

    ReplyDelete
  6. Kalau kata pas ni bodoh, marah macam babi berguling tapi mmg bodoh pun

    ReplyDelete
  7. Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! , Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD 25, bersamaan RM 80.00 lebih kurang. Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri... pastu apa lagi? Copy link anda atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD 10 atau RM 30.00 lebih kurang. Mudah kan!!! cek (akan dipos terus ke rumah).
    Copy & paste link ini...

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=234328

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.