Wednesday, February 12, 2014

Anwar Ibrahim Gagal Lagi Arah Mahkamah Ikut Telunjuknya


Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membawa bekas pegawai penyiasat sebagai saksi dalam kes liwatnya disini.

Hakim Datuk Aziah Ali yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Anwar gagal memenuhi permintaan mengikut undang-undang untuk memanggil saksi.

Peguam, Karpal Singh kemudian memohon mahkamah menangguhkan kes rayuan liwat Anwar berikutan ketua pembangkang itu berniat membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Menurut Shafee Anwar sengaja mengambil kesempatan untuk menangguh kes yang sudah menjadi perhatian umum dengan meminta berbagai-bagai yang sukar dipenuhi oleh pihak hakim.

Baru-baru ini Anwar telah membuat permohonan untuk memanggil seorang pegawai polis bersara yang dikatakan rakan kepada peguamnya, Superintendan Jude Blacious Pereira untuk memberi keterangan di kandang saksi.

Pada Januari, Pereira gagal dalam cubaannya untuk diakui sebagai peguam selepas Majlis Peguam yang didominasi oleh parti pembangkang memfailkan bantahan awal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes pendakwaan akan bertumpu kepada bukti DNA yang terdapat dalam dubur Saiful Bukhari yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas ia mendapati wujud kemungkinan ianya diubah.

Terdapat juga persoalan mengenai sampel itu tidak disimpan dengan betul. Menurut arahan Hospital Kuala Lumpur, ia perlu disimpan dalam peti sejuk, tetapi pegawai penyiasat menyimpannya dalam almari besi di pejabatnya yang berhawa dingin dengan alasan takut disabotaj oleh pihak yang menyokong Anwar Ibrahim.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 28 Jun 2008.

Pada 9 Januari tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membebaskan Datuk Seri Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Bukit Damansara.

Pembebasan itu adalah daripada kesilapan teknikal yang telah dilakukan oleh pihak pendakwa ketika itu yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang akhirnya memasuki tim peguambela Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Marilah kita berdoa kepada Allah semoga pisang tidak berbuah dua kali....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.