Wednesday, February 19, 2014

Apakah Mereka Sanggup Upah Ganster Demi Untuk Tuduh NGO Islam?


Politik Cina Dap lebih bijak daripada politik Anwar Ibrahim dan politik Umno sendiri. Mereka mempunyai agenda yang lebih besar daripada Agenda Anwar yang hanya untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata mahu membalas dendam terhadap pemimpin umno yang telah dikatakan mengkhianati beliau.

Jika Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam pun sanggup melutut kepada mereka apalah sangat nak buat kerja-kerja macam ini.

Mereka bijak mengambil kesempatan dikala orang Melayu sudah mula bergaduh sesama sendiri hanya kerana membela nasib Teresa Kok sendiri. Tak kan dia nak membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap orang Melayu dan Islam sendiri.

Adalah amat mustahil sekali jika NGO Islam yang dikatakan oleh Teresa Kok mempunyai hubungan dengan simbahan 
cat merah di tangga ke pusat Khidmatnya

Samada polis siasat atau tidak yang penting tindakan Teresa Kok itu amat memalukan jika pihak polis mendapati ada ganster yang diupah mungkin Teresa Kok akan menuduh kerajaan sengaja menyalahkan dirinya dan kes akan ditutup.

Jika dilihat secara kasar kenapa grill pintu tidak terkena cat seolah-olah penyombah cat mempunyai kunci untuk masuk, kunci cap apa yang digunakan oleh pusat Khidmat seorang Ahli Parlimen dan exco kanan kerajaan negeri Selangor?

Matlamat utama adalah Teresa Kok ketika ini adalah mahu dia diberi simpati seluas-luasnya dan untuk melabelkan NGO Islam yang mengecamnya tempohari adalah terlalu zalim dan ganas sekaligus umno akan jadi sasaran utamanya.

Dap tahu selagi umno tidak dikuburkan selagi itulah cita-cita besar mereka tidak akan tercapai kerana umno dipenuhi dengan jutaan orang Melayu dan 1/3 sudah beralih arah mengikut Anwar Ibrahim dan yang tinggal boleh dimusnakan mereka pada PRU14 nanti. Isu mesti diteruskan antara isu yang akan menaikkan kemarahan orang Melayu adalah isu-isu berkenaan Agama. Tak perlu susah-susah buat jer isu lepas tu Melayu sesama Melayu akan bergaduh sesama sendiri dan Dap akan ketawa sahaja.

Teresa Kok juga berjaya memperdaya pemimpin Pas dengan memaksa Pas menyediakan kawalan keselamatan dengan menggunakan unit Amal mereka. Apakah rasional Pas bertindak sedemikian? Inilah cerdiknya politik cina Dap.

Orang Melayu sekarang bukan berhadapan dengan kaum cina kerana ramai juga kaum cina tidak sukakan cara politik Dap yang bersikap perkauman tetapi Orang Melayu sekarang berhadapan dengan Cina Dap yang tamak kuasa tidak cukup lagi apa yang mereka perolehi ketika ini. 

Dengan video yang sengaja dihasilkan dengan tujuan tertentu Teresa Kok dapat melaga-lagakan orang Melayu sehingga ada yang memaki hamun sesama sendiri dalam media sosial hanya untuk mempertahankan video Teresa Kok. Ada yang tidak bertegur sapa hanya Teresa Kok, ada yang bergaduh mahu bertumbuk hanya kerana Terasa Kok.

Malunya Melayu bergaduh mempertahankan cina Dap!!!!! 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.