Friday, February 14, 2014

Asrama Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin Terbakar



Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini.

Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah.

"Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak.

"Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan.

"Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya.


Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.