Saturday, February 8, 2014

Baling Mercun Sembunyi Tangan Di Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam


Masyarakat Cina percaya bunyi mercun dapat menghalau hantu dan semangat jahat. Ia juga satu bentuk hiburan yang disukai oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Memang tidak dapat dinafikan sambutan Tahun Baru Cina mempunyai kepentingan dan makna yang mendalam bagi masyarakat Cina di serata dunia.

Salah satu aktiviti wajib pada perayaan itu ialah membakar mercun. Mercun merupakan ciptaan terawal orang Cina, sama seperti kompas, kain sutera dan tembikar. Ia dikatakan telah wujud sejak lebih 2,000 tahun lalu.

Antara tujuan mercun dicipta ialah untuk digunakan di medan perang sebagai bahan letupan.

Inilah yang berlaku di Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam dimana ada pihak yang sedang menghalau hantu pada hari ke-7 Tahun Baru Cina telah cuba menghalau polis di balai polis tersebut.

Yang agak musykil kenapa dengan tergesa-gesa Ketua Menteri Lim Guan Eng dilihat turun padang melihat Balai Polis tersebut sambil berkata tindakan itu dilihat sebagai cabaran melampau pihak yang tidak bertanggungjawab. Seolah-olah macam rasa bersalah pula.

Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan agenda Dap ini.

Apa pun pihak polis sewajarnya menjalankan siasatan dengan teliti dan memastikan pelakunya diberkas secepat mungkin. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.