Friday, February 7, 2014

Bila Kit Siang Kecam Khutbah Jumaat Pas Diam, Bila Teresa Kok Dikecam Pas Bingkas Bangun


Rupanya demonstrasi menyembelih ayam, melumurkan darah dan mengupah untuk menampar Teresa Kok bukan sahaja menguris hati pemimpin dan ahli Dap malah menguris hati pemimpin Pas juga.

Pemimpin Pas bingkas bangun dengan garangnya bagi mempertahankan pemimpin kesayangan mereka iaitu Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng daripada dikecam oleh beberapa NGO Melayu.
Maka beberapa pemimpin Pas pun keluarkanlah beberapa ayat-ayat alquran yang menyuruh kita menghormati orang bukan Islam dan mengecam tindakan NGO tersebut.







Dalam Harakahdaily.net lidah rasmi parti Pas pada hari ini memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Pas dan Dap untuk mengecam tindakan NGO Melayu yang dianggap kononnya membuat tindakan jahiliyah yang bertentangan dengan dunia moden yang berpaksikan kematangan dan intelektual yang tinggi. 

Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap

Seperti biasa mereka juga berjaya mengaitkan umno dalam isu ini walaupun tidak seorang pun pemimpin atau ahli umno yang terlibat dalam demonstrasi mengecam Teresa Kok ini.

Persoalannya sekarang dimanakah pemimpin Pas ketika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat.

Kenapa pemimpin Pas jadi bisu apabila berhadapan dengan Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi adalah bercanggah dengan usaha perdamaian.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 120 mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang tetap menegaskan bahawa khutbah Jumaat perlu diubah.

Kenapa pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam hanya diam membisu dalam isu penghinaan khutbah Jumaat ini sedangkan apabila pemimpin zionis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikecam Pas bingkas bangun mempertahankan seolah-olah mereka itu pemimpin Islam.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam masih ingat lagi dimana Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengakui beliau terlibat dalam isu membantah papan tanda jalan bertulisan jawi di sekitar ibu kota terutama di kawasan Taman Seputeh. Teresa Kok mendakwa DBKL membazirkan wang pembayar cukai dengan membuat papan tanda bertulisan jawi.

Teresa Kok juga pernah mempertikaikan berhubung isu laungan azan di Bandar Kinrara, Puchong yang dikatakan menganggu keharmonian penduduk bukan Islam untuk beristirehat dan pemimpin Pas turut membisu.


Teresa juga pernah membuat kenyataan berhubung meminta peruntukan 30 peratus wang zakat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan Islam.

Jika dilihat senario perbuatan biadap mereka ini memang sepatutnya mereka ini dikecam sebegitu rupa mungkin pemimpin Pas sudah termakan budi jadi nak tak nak mereka terpaksa mempertahankan pemimpin Dap daripada diganggu.

Oleh itu Pas usah dabik dada mengatakan parti mereka memperjuangkan Islam dan hentikanlah penipuan terhadap umat Islam yang dibuat dalam setiap ceramah di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.

Kasihanilah penduduk kampung yang tidak berdosa yang pernah ditipu oleh pemimpin Pas. Demi untuk mendapatkan kuasa bersama dengan pemimpin Dap mereka sanggup melakukan apa sahaja.



7 comments:

  1. Penyokong pakatan raayat yang beragama Islam sanggup bersekongkol dengan peminpin mereka yang gilakan kuasa... malah mereka sanggup mempersendakan Agama Islam bersama DAP/PKR...Sehingga kehari ini kita dapat melihat mereka dari golongan PAS menpromosikan Holly Water untuk diminum oleh orang Islam Di Malaysia...mereka juga turut serta bersama orang Kristian bagi membenarkan Kalimah Allah di gunakan oleh orang Kristian sebagai tuhan mereka walau pun Pope sendiri bagi pihak Kristian sedunia tidak mengakui Allah sebagai tuhan mereka....jika umat Islam sendiri sanggup berpaling tadah dengan Agama Allah (Islam).. tak tahulah balasan yang akan mereka terima di akhirat nanti...Marilah kita sama2 berdoa semoga mereka2 ini kembali ke talian Allah...Amin...

    ReplyDelete
  2. Alangkah hinanya Asnah Hashim Di Sisi Allah apabila mengeluarkan kenyataan yang berdusta dengan menyatakan Lim Guan Eng akan masuk Islam sedangkan kenyataannya Lim Guam Eng sedang berusaha untuk menkristiankan orang Islam Di Malaysia...Harap Asnah Hashim akan mendapat hidayah daripada Allah dan kembali bersama kita bagi mempertahankan Agama Islam..

    ReplyDelete
  3. orang2 cam ni, kita istihar perang je! melampau2 sampai x boleh diajar, jadinya.jangan sampai kumpulan hizbullah membuat tindakan nanti...

    ReplyDelete
  4. Nampak sanagt PAS adalah sebuah parti yang tidak bermaruah. Telah diperalatkan. PAS hanya memperalatkan Islam untuk tujuan politik. Tunggulah laknat dari Allah. Telah ramai pemimpin PAS yang mati dalam keadaan tidak sedarkan diri. Insaflah dan bertaubatlah.

    ReplyDelete
  5. PAS hanya memperalatkan Islam untuk tujuan politik...Sedangkan mereka mengajar pengikutnya dengan ajaran songsang yang salah dan bertentangan dengan perjuangan dan kehendak Islam. Jadi jelaslah dengan kehendak Allah mereka memilih nama PAS sebagai parti mereka iaitu... Parti Ajaran Songsang..untuk menyesatkan pengikut mereka....

    ReplyDelete
  6. Ini parti kangkung hijau dan lalat tungau jgn dekat

    ReplyDelete
  7. Iman itu diuji, bila diuji mk terserlahlah yg sebenarnya dan yg hanya luarannya sahaja. Hari ini mrk diuji dgn kuasa dan harta-wang ringgit, mk lihat sahajalah perlakuan dan tindak tanduk mrk dgnnya.
    Astaghfirullah Al 'Azim !

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.