Friday, February 14, 2014

Datuk K Nafi Pernah Berkahwin Dengan Misha Omar


Seorang usahawan terkemuka dari Kelantan yang bergelar Datuk semalam menafikan pernah berkahwin dengan penyanyi, Misha Omar, 32, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Datuk yang mempunyai pangkal nama K itu menegaskan bahawa khabar angin bahawa penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu pernah menjadi isterinya adalah tidak benar.

“Saya tak pernah bertunang apa lagi berkahwin dengan Misha Omar,” katanya Datuk K semalam.

Beliau berharap gosip-gosip liar itu perlu segera dihentikan dan mahu namanya tidak lagi dikaitkan dengan Misha atau nama sebenarnya Samihah itu.


Misya Omar atau Samihah, 30, penyanyi wanita yang glamour dengan lagu Bunga-bunga Cinta telah bertunang dengan Firos Ezzwan Rossly yang berusia 30 tahun. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.