Thursday, February 6, 2014

Datuk Md Alwi Buat Laporan Polis Terhadap Teresa Kok kerana Memfitnahnya


Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, hari ini berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Anggota Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.

"Saya nak beritahu masyarakat bahawa YB Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.

"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi

Sebelum itu media melaporkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis selepas menerima kecaman dan ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) gara-gara klip video Tahun Baru Cina “One- derful Malaysia”.

Klip video itu memaparkan sindiran terhadap kepimpinan orang melayu yang dilihat terlalu lemah. Teresa Kok juga pernah membantah azan yang berkumandang disurau-surau di kawasan Seputeh. Teresa juga pernah membantah tulisan jawi pada papan tanda.

Malangnya pemimpin melayu yang ada dalam pakatan pembangkang boleh diumpamakan sebagai balaci bisu kerana hanya mampu melihat sahaja perbuatan biadap Teresa Kok.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.