Friday, February 14, 2014

Gabungan Pakatan Umpama Penyamun dan Penyangak Kata Fairus


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mengumpamakan gabungan Pas, DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang adalah seperti gabungan penyangak dan penyamun, di mana hasil gabungan ini tidak langsung akan melahirkan kebaikan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat di negara ini.

Justeru itu kata beliau, tidak hairanlah bahawa masalah persefahaman dan pertembungan ideologi diantara ketiga-tiga parti itu tidak pernah dan tidak akan selesai dalam tempoh masa yang singkat.

“Seperti yang selalu saya sebut di mana-mana bahawa gabungan pembangkang ini hanyalah kosmetik saja untuk menjatuhkan BN dan UMNO, sedangkan hakikatnya perhubungan mereka ini bagaikan api dalam sekam yang boleh membakar dan menghanguskan bila-bila masa saja.

“Ini adalah disebabkan kerana perjuangan dan matlamat asas di antara ketiga-tiga parti itu amat berbeza. Kita boleh DAP dengan ideologi cauvinis dan ekstrimis mereka, mana mungkin dapat kekal lama bersama Pas, yang membenarkan ekstrimis agama bergerak di dalamnya.

“Mungkin hubungan DAP dan Pas akan kekal lama dari yang sepatutnya, sekiranya Pas berubah menjadi parti yang liberal, dan saya lihat perubahan itu sudah pun sedikit demi sedikit terjadi di dalam Pas.

“Manakala PKR pula bagi saya merupakan Parti Khianat Rakyat di mana pemimpin mereka merupakan penganut tegar kepada teori Machiavelli iaitu kaedah menghalalkan sebarang cara demi mencapai matlamat politik mereka. Dan ketuanya pula adalah bapa kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini;,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jadi, apakah dengan gabungan ideologi rasis dan cauvnis, pluralisme dan liberalisme serta ektrimis agama yang menjadi teras dan pegangan perjuangan parti politik di dalam Pakatan Pembangkang mampu menghasilkan suasana dan rakyat yang baik di negara ini?, soal beliau.

“Inilah yang saya katakan tadi, gabungan antara penyamun dan penyangak. Apakah hasil gabungan penyamun dan penyangak akan dapat melahirkan golongan rakyat yang alim ulama, bersopan santu dan bertolenrasi? Tak mungkin hasil gabungan antara penyamun dan penyangak boleh melahirkan orang yang baik-baik.

“Sebab itu hari ini kita dapat lihat wujudnya kelompok-kelompok kecil di kalangan penyokong pembangkang yang begitu kurang ajar serta tidak menghormati sensitiviti orang lain. Inilah hasil daripada didikan dan contoh yang diperlihatkan gabungan kepimpinan penyamun dan penyangak.

“Sebab itu saya seru rakyat agar tolak gabungan pembangkang ini. Mereka tidak lain hanyalah mempergunakan rakyat demi kepentingan agenda politik kepartian masing-masing. Mereka melempar fitnah dan dakyah untuk menghasut rakyat dalam usaha menjatuhkan UMNO sebagai tunjang pemerintahan negara, yang selama ini menjadi penghalang utama kepada agenda dan matlamat politik peribadi mereka,” jelasnya. -MediaUMNO

1 comment:

  1. Rasanya tak payah lh Fairuz nk sibuk2 dgn parti yg lu ceraikan, lebih baik lu kononya guru silat ajar budak2 umporno bersilat n jaga displin n menjadi seorg islam yg baik dgn amalan islam.... atau lu pantau budak2 melayu yg byk jadi main gian/rempit kt kwsn Selayang yg umporno masih sikit bernafas lagi..... ok Fairuz belalh budak2 melayu/umporno tu...... lagi pn komen lu bkn buat melayu nk sokong umporno pn lagi meluat ade le......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.