Wednesday, February 26, 2014

Hadi Kena Saman, Pas TETAP Melutut Sokong Anwar dan PKR


Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.

Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.

Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?

Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.

Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.

3 comments:

  1. PAS memang BAHALOL.....di hina sebegitu rupa pun TETAP setia dlm PR.....
    dalam kempen kajang nanti, gerenti PAS la yg paling ke depan.....rela MEMBAHALOLKAN DIRI.....asal bukan UMNO....

    ReplyDelete
  2. Biar dia seorang peliwat ke..seorang penzina ke....yg penting aku tetap sokong dia jadi Ketua aku...itulah ikrar penyokong2 Pakatan Rakyat terutama ahli2 PAS......ko fikirlah sendiri,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu, Husam, Khalid Samad mestilah sokong Anwar! Jadi yang terkena tipu ni geng Hadi.

    Anwar tak akan tolong Hadi. Hadi kena saman bermakna kena gugur dari ADUN dan parlimen. Anwar dah tidak ada cabaran dari PAS untuk jadi PM.

    Ini semua rancangan busuk Anwar!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.