Saturday, February 1, 2014

Harakah Bayangkan Pengundi Kajang Berguling-Guling Tunggu Anwar Datang


Harakah lidah rasmi parti Pas kini terpaksa menelan segala kepahitan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim kerana Pas kini adalah sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang. 


Dengan matlamat mereka yang satu iaitu untuk 'membunuh' umno, apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terpaksa dipuji walaupun pahit.

Harakah mengambil peranan memuji calon bagi PR prk Dun Kajang dengan mengatakan Anwar Ibrahim kononnya sebagai istimewa dan pemimpin bertaraf dunia. satu dunia mengenali dirinya.

Harakah juga mengecam pihak yang cuba bersangka buruk terhadap Anwar Ibrahim kononnya keputusan perletakan jawatan oleh bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dan pemilihan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang sudah dirancang untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurut Harakah Anwar Ibrahim tidaklah seburuk itu sehingga mahu menjadi MB Selangor.

Harakah membayangkan keadaan di Kajang amat berlainan sekali kerana jika di luar sana ramai yang mempertikaikan PKR kerana meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang namun suasana di Kajang ini berbeza sama sekali dengan pengundi-pengundi di Kajang. Mereka berguling-guling menunggu ketibaan Anwar Ibrahim seperti orang histeria.

Harakah menemubual penduduk di sana yang dikenali dengan nama Amir Abidin 36, beliau menunggu-nunggu ketibaan pemimpin bertaraf dunia ke Kajang. 

"Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mampu menaikan nama Kajang kepersada dunia. Selepas ini Kajang akan dikenali diseluruh dunia kecuali di Jepun",katanya lagi.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di Dun Kajang bersyukur apabila bekas Adun Kajang Lee cukup baik sentiasa turun padang membantu rakyat dan saya agak terharu dengan pengorbanannya yang begitu tinggi hanya sempat 7 bulan sahaja menjadi wakil rakyat.

Yang menariknya tentang Lee Chin Cheh ini ialah beliau tidak pernah menggunakan orang tengah untuk turun kawasan, beliau sendiri akan turun pada setiap masalah yang dibangkitkan penduduk.

Walaupun Lee Chin Cheh merupakan wakil rakyat yang baik namun Anwar mendapat tempat di hati pengundi Kajang beliau perlu memenuhi permintaan pengundi. Anwar Ibrahim dikatakan mempunyai 'track record' yang cukup baik dalam segi menjaga pengundinya.

Contohnya di Parlimen Permatang Pauh, berdasarkan laporan daripada pejabat parti pkr di sana beliau sentiasa turun padang melihat masalah pengundi-pengundi yang memilihnya

"Kita terlalu harapkan Anwar turun melawat kawasan kita. Beliau sudah glamour  tahap dunia. Janganlah dia guna orang tengah untuk jumpa kita. Jadi beliau turunlah untuk perkenalkan diri dengan orang kampung.

"Jangan datang sekali sahaja kemudian selepas itu guna orang tengah. Kita mahu setiap kali ada program Anwar mesti ada sekali," kata Amir.

Beliau percaya kehadiran Anwar di sini bakal memberi sinar baru kepada penduduk Kajang seterusnya membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor.

Kamaruzzaman Saaba, 50, juga cukup berbangga apabila Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bersama-sama penduduk Kajang.

"Lagi bagus, segala-galanya dia (Anwar) boleh bawa untuk Kajang. Saya berbangga dia hendak bersama-sama saya di Kajang," kata Kamaruzzaman.

Melihat perwatakan dan pencapaian Anwar selama ini, Kamaruzzaman begitu teruja untuk melihat Anwar membawa suara rakyat Kajang selepas ini apatah lagi calon PRK kali ini adalah di kalangan orang Melayu yang cukup alim.

Sebagai pengundi sudah tentulah mahu memilih seorang pemimpin yang berkaliber, berkarisma dan boleh membawa suara rakyat.

Pendek kata kalau baca Harakah sahaja rakyat Malaysia akan membayangkan penduduk Kajang sedang berguling-guling bergembira menunggu kedatangan Anwar Ibrahim ke Kajang...al maklumlah pemimpin bertaraf dunia.

5 comments:

  1. Tak hairan lh Admin pya 'spin' sama aje Umporno pya spin. Menjelang PRK Kajang pasti Tv3, Berita Hairan n Utusan Meloya tak ketinggalan barua2 Umporno yg mempengaruh/meracun org2 melayu dgn cerita lucah memburukan Calon PR. maka akan keluarlh muka2 cari makan memburukan calon .....tapi spt biasa melayu umporno akan angguk2 tanda setuju cuma melayu merdeka permikiran nya akan terus menolak umporno/BN.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememang dah jadi tabiat penyokong Pakatan, apa pun Barisan buat mesti di kutuk tetapi apa sahaja Anwar buat mesti terhormat dan suci.

      Delete
  2. Yang buat porno Anwar kenapa nak salahkan umno pulak, takkan batang pelir Anwar pun umno nak jaga

    ReplyDelete
  3. Anwar adalah tangan Dajjal laknatullah yg ingin merosakkan Islam dan menghancurkan Ummah ke lembh jehinaan

    ReplyDelete
  4. Anwar adalah tangan Dajjal laknatullah yg ingin merosakkan Islam dan menghancurkan Ummah ke lembh jehinaan

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.