Monday, February 3, 2014

'Jangan Heret Pas Dalam Masalah Dalaman PKR' kata Pemuda Pas


PAS menyindir kepimpinan PKR terutamanya Anwar Ibrahim dan Rafizi agar tidak terlalu ghairah mengeluarkan kenyataan demi berhubung isu pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi mengelak “senjata makan tuan”.

Melalui Facebook Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Zaharuddin Mohammad beliau menyindir pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli supaya hentikan membuat statement bodoh.

"Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizi mengenai Kajang. Saya nak komen sedikit, jangan banyak sangat 'berstatement' dalam politik dalam isu Kajang, takut nanti 'senjata makan tuan'

"Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan hak rakyat. Jangan menjadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan pakatan.

"Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong, jangan heret kami terlalu jauh," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu pengguna facebook turut memberi komen menyokong kenyataan Zaharuddin dan ada yang mengutuk tindakan pemimpin pkr yang dikatakan tamak kuasa dan membazirkan wang rakyat.

Zaharuddin juga memberi amaran kepada kepimpinan PKR bahawa jangan cuba heret Pas dalam masalah dalaman parti itu kerana adalah tidak adil cara menyelesaikan masalah dengan mengheret orang lain yang tidak berdosa ke dalam kemelut mereka.

Menurut Zaharuddin lagi dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup pkr turut mengambil bahagian dengan membazirkan wang rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.