Thursday, February 13, 2014

Janji Anwar Jika Menang PRK Kajang, Akan Ambil Mohd Taib Sertai Pentadbiran Selangor


Seperti biasa Anwar Ibrahim dengan senjata ampuhnya iaitu buat janji kepada sesiapa sahaja walaupun janji itu belum tentu dapat ditunaikan.

Dalam ceramahnya di Kajang malam Rabu  Anwar Ibrahim berjanji akan mengambil bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk menyertai pentadbiran kerajaan Selangor atas apa jua kapasiti.

Walaubagaimana pun Muhammad Taib perlu berkerja keras bagi memenangi Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil(PRK) Dun Kajang. Muhammad Taib tahu apa kelemahan umno Selangor di Kajang.

Anwar Ibrahim bijak mengambil kesempatan terhadap pemimpin umno yang kecewa dan sudah tidak diperlukan dalam umno. Sudah tentu ada kekuatan yang dilihat pada Muhammad Taib. Dia pernah jadi menteri besar Selangor yang paling lama, 11 tahun

Muhammad Taib masih ada penyokong dikalangan ahli umno sendiri yang sudah tentu akan membantunya bagi memenangi Anwar Ibrahim.

Anwar ada pengalaman politik yang lama bersama umno. Beliau pintar dalam menilai kesempatan yang boleh diambil terhadap seseorang dan inklusif sifatnya dan beliau sering berjanji tetapi tiada satu pun janjinya ditunaikan.

Muhammad Taib adalah bekas menteri besar menerajui Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas isu ditahan dan dibicarakan di mahkamah Australia atas dakwaan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta ketika masuk ke negara itu.

Selain itu Muhammad Taib juga pernah menyandang kerusi naib presiden Umno dari 2000 hingga 2003 dan selepas itu dilantik sebagai ketua penerangan Umno Malaysia diera pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dari 2008 hingga 2009.

Muhammad Taib juga dikatakan calon Timbalan Presiden ketika beliau menjadi Naib Presiden yang paling banyak diundi.

Muhammad Taib menyertai Pas kecewa dengan umno kerana beliau tidak dicalonkan pada PRK Parlimen Hulu Selangor pada 2010. 

Walaupun adik beliau Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor namun pemimpin tertinggi BN memilih P. Kamalanathan sebagai calon.

Adik Muhammad Taib juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah 'banner' kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.

Apabila Muhammad Taib sedar dirinya gagal menjadi calon beliau membuat perjumpaan dengan Mustaffa Ali, Salahuddin Ayub, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.

Akhirnya beliau mengambil keputusan menyertai Pas pada 22 April 2013

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan atau kecewa dengan mana-mana parti tetapi penuh keikhlasan,

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat dengan segera, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di hadapan pemimpin Pas.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.